Monday, October 3, 2016

Hubungan Antara Lelaki dan Perempuan: Feminis Bervagina (Gender Fluid) Lawan Lelaki Sejati Anti Feminism #1

Edited Artikel

Adakah tajuk ini tidak sesuai di Malaysia? Saya tidak pasti.
Tetapi apa yang pasti kini, saya harus menukar "Hubungan Lelaki dan Perempuan" kepada tajuk yang lain.

Saya seorang perempuan Melayu, agnostik, feminis, sukakan falsafah, undang-undang, psikologi, krimonologi, seni dan pelbagai lagi. Maka, saya yakin saya bukan perempuan bodoh seperti yang dilemparkan oleh bekas pasangan saya. 


Saya dapati terlalu susah untuk menghalang cinta. Tambahan pula cinta ialah cinta dan tidak mengenal jantina. Lesbian, gay, transgender, cis male, dan cis female... Sebagainya.
Saya mempunyai teman lesbian dan kini dia mempunyai hubungan yang stabil dengan pasangan. Hubungan itu sudah mencecah 6 tahun. Saya tak nampak sebarang permasalahan apabila dua manusia bercinta dan bahagia. Mereka fokus antara satu sama lain dan tidak melakukan kekejaman di dunia, bahkan mereka ialah di antara orang yang bertanggungjawab kepada orang sekeliling yang pernah saya jumpa

Saya seorang yang gender fluid. Saya mempunyai sifat feminin dan maskulin di dalam satu tubuh. Adakah saya akan mengubah alat sulit saya menjadi seorang lelaki? Tidak. Saya gemarkan tubuh saya. Saya suka buah dada dan vagina saya. Pada masa yang sama, saya juga teringin hendak mempunyai anak. Apabila maskulin itu, saya memang selesa berkawan dengan orang-orang yang bersifat maskulin sama ada lelaki atau pun perempuan transgender atau gender fluid yang lain. Saya dapati otak saya tidak mempunyai jantina dan berfikir seperti seorang manusia lah! Hahaha!

Saya juga pernah dikatakan seorang humanis. Secara jujurnya, saya langsung tidak kisah dengan label feminin dan maskulin kerana saya sudah biasa dengan perkataan kasar, keras, kuat, dan sebagainya. Apabila ada yang melemparkan kata-kata seperti "Bella jalan macam gangster!" ataupun "Bella jalan bukan seperti perempuan," saya sudah tidak mendengarkannya lagi kerana saya tidak patuh kepada struktur masyarakat yang sesuka hati menentukan apakah itu ciri-ciri seorang perempuan dan lelaki. Saya menolak label, saya memerhati semua orang dan belajar pelbagai perkara; kemudian saya membentuk diri saya mengikut keselesaan hati saya. 

Saya menggunakan label feminis kerana semua orang memerlukan satu perkataan untuk merujuk kepada sesuatu subjek. Oleh itu, saya selesa sahaja menggunakan feminis.
Feminis!
Humanis!
Sosialis!
Marxis!
Anarki!

Apa sahaja yang orang suka labelkan kepada saya, akhirnya saya dengan bersahaja berkata saya seorang feminis! Mungkin, jika saya telah laungkan perkataan ini terlebih dahulu, saya tidak akan terperangkap dengan bekas pasangan saya. Saya akan sembang kemudian tentang hal ini. Hahaha!

Apabila bercakap tentang hubungan antara manusia, saya suka bermula dengan tarikan sesama individu apabila mereka berjumpa dan berinteraksi. Bagi saya, segalanya bermula dengan perbualan. Daripada kata-kata; bahasa badan; perilaku seseorang itu dengan kita dan orang lain; dan sebagainya. Perhubungan terbina satu persatu melalu penerimaan antara satu sama lain. Lagi banyak diterima, lagi utuh hubungan itu.

Adakah anda menyedari ketika anda bergaul dengan setiap individu yang berlainan, anda merasakan satu tarikan? Dan setiap individu itu mempunyai tarikan yang berbeza. Tidak semestinya seksual tetapi seperti kegemaran atau magnet untuk mendekatkan diri dan mengizinkan individu itu masuk ke dalam hidup anda?

Saya ada mengeluarkan sebuah zine "Pasca Trauma" siri 1 dan menulis tentang jenis-jenis tarikan, tetapi tidak terlalu mendalam dan hanya permulaan kepada pelbagai perkara. Anda boleh email saya jika berminat untuk membaca zine berkenaan di husna.nabila234@gmail.com
Di dalam zine ini lebih kepada solidariti untuk mereka yang pernah dibuli dan menerima trauma yang ekstrem kerana kelainan diri mereka. Baik sambung kepada kepada topik yang asal!

Secara jujurnya, mungkin saya seorang yang sensitif, saya merasakan setiap perubahan pada diri saya. Saya juga suka membaca bahasa badan dan merasakan tarikan daripada orang lain. Perasaan dan deria yang tidak dapat saya nafikan lagi, malahan saya gembira menyatakan pembacaan saya selalunya tepat. 
Jika seorang lelaki menyukai saya lebih daripada seorang kawan, saya akan boleh merasakannya dan menolak tarikan itu. Tarikan ataupun getaran ini boleh dihasilkan secara separa sedar dan tidak ramai yang boleh mengawalnya kecuali individu berkenaan punya kesedaran dan mengawal reaksi kimia di dalam tubuhnya.
Saya suka mengawal tarikan yang saya hasilkan. Oleh itu, sama ada lelaki ataupun perempuan, jika mereka mengorat atau menggoda saya, saya boleh rasakan sebelum bahasa badan mereka dihasilkan. Saya tidak salah faham dan saya tidak kisah bersentuhan kulit atau berpeluk dengan lelaki jika saya mendapati individu berkenaan tidak mempunyai tarikan seksual dengan saya. 

Masalah terbesar saya ialah terdapat di antara mereka merasakan tarikan yang begitu sensual ataupun seksual apabila berada dengan saya. Mereka terus menjadi keliru dan sukar mengawal diri mereka sendiri. Kerana saya sedar saya mencetuskan tarikan yang begitu seksual dan sensual kepada orang lain, saya cuba menghantar signal-signal yang tertentu untuk memastikan hubungan berkenaan tidak berada di luar kawalan saya. Saya sangat tidak suka apabila saya merasakan perasaan hanya sebagai seorang kawan tetapi individu di hadapan saya merasakan sesuatu yang berlainan. Saya jujur, saya akan rasa bersalah kerana menyebabkan seseorang merasakan tarikan berkenaan walaupun saya tiada niat untuk mempermainkan sesiapa. 

Demikian itu, saya suka berseorangan kerana takut berlaku salah faham. Kali terakhir saya terperangkap di dalam rasa bersalah ialah hubungan kawan baik saya dengan bekas pasangan saya. Di mana saya tersalah menghantar signal dan menyebabkan dia menyukai saya. Kemudian dia cuba mengorat saya bersungguh-sungguh. Apabila melihat kesungguhannya dan mengajak saya berkahwin, saya terus teruja, walaupun rasa bersalah, lalu saya terima dia sebagai pasangan saya. Seperti kata seorang teman saya dari UK, bernama Usman, katanya itu ialah reaksi normal apabil seseorang mengajak kita berkahwin. Saya terpaksa bersetuju kerana saya bukan seorang perempuan yang senang diterima orang. Apabila mendengarkan lamaran itu, saya mengambil masa tiga hari sebelum memberikan jawapan. Sebenarnya, saya ada berkata padanya bahawa kita perlu ambil masa untuk berfikir. Kadang-kala apabila terdapat tarikan yang begitu kuat dan kita tidak dapat pastikan sama ada ianya ialah seksual ataupun sensual, atau apa-apa sahaja, mungkin kita sepatutnya mengambil cuti untuk menentukan perasaan berkenaan. Kemudian saya dapati bahawa, kami hanya sesuai sebagai kawan tetapi dia tidak mahu melepaskan saya dan bermulalah episod penindasan.

Sebagai yang gender fluid yang mempunyai vagina, saya dipandang hanya sebagai perempuan. Susuk tubuh saya yang mempunyai buah dada, pinggan yang berbentuk, pinggul dan lain-lain lagi ciri-ciri fizikal sebagai seorang perempuan. Saya dapati saya tidak dilihat seperti manusia biasa yang sama paras dengan seorang manusia berjantian lelaki. Keputusan saya walaupun dibuat secara rasional, bekas pasangan enggan menerima dan berkata saya seorang yang beremosi. Jika dia melepaskan saya pada tahun 2014 kerana menghormati keputusan saya sebagai seorang manusia yang boleh berfikir secara sendiri dan bukan sedang merepek, saya yakin bahawa situasi yang berbeda akan kini. Tiada drama dan sebagainya.

Dia fikir saya tidak rasional. Saya pula fikir bahawa saya mahu putus kerana saya tidak gembira, tidak boleh bergaul dengan orang lain dan menuntut ilmu dengan aman, tidak selesa dengan kata-kata kesat yang lahir daripada mulutnya dan dia sama sekali tidak komited untuk berkahwin dengan saya- terlalu sibuk melepak, berinternet dan berpasangan dengan saya. Saya pula ialah sejenis perempuan yang membahagikan masa seharian untuk bersama tersayang (ketika itu bekas pasangan saya ialah keluarga saya kerana saya tidak rapat dengan keluarga sendiri), untuk bekerja, membaca, membuat kajian melukis dan membuat kira-kira.
Saya dapati hubungan kami mempunyai terlalu banyak drama dan dia seperti menyedut tenaga saya. Dia membuat saya rasa bersalah apabila tidak menjadi seorang perempuan idaman Malaya. Saya tiada masa untuk menjadi perempuan idaman Malaya.
Lucu sekali tetapi itulah hakikatnya. Apabila anda mempunyai pasangan dan anda cuba menggembirakan dirinya tetapi dia tidak merasakan cukup!
Bahkan dia sering peringatkan saya bahawa saya "perempuan", dia suruh berlakon menjadi bodoh, tidak menyuarakan pendapat saya walaupun saya berpengalaman dan mempunyai pelbagai idea baru, saya tidak digalalkkan teruja ataupun terlalu aktif dan dia menyuruh saya menguruskan badan.

Saya dapati begitu besar risiko apabila seseorang itu tidak mengenali dirinya dan tiada usaha mengenali pasangannya. Pasangan anda bukanlah kain putih atau anak kecil untuk dicorakkan mengikut kesukaan anda.

Sebaliknya apabila berpasangan kita menjadi guru dan anak murid kepada satu sama lain, kemudian sama-sama membimbing antara satu sama lain untuk menjadi versi diri kita sendiri yang lebih baik.
Kita bukan menukar atau mengubah diri pasangan kita. Kita mara ke hadapan dengan saling berkongsi ilmu agar pasangan kita boleh berdiri dengan sendiri dan menjadi lebih kuat. Tiada elemen paksaan ataupun menekan, lebih kepada motivasi dan perkongsian ilmu antara satu sama lain.

Bukan seorang lagi rebah, seorang lagi gah. Saya benar-benar menjadi halimunan demi mendewasakan bekas pasangan saya. Segala yang saya bina, saya berikan kepadanya sehingga tersasar daripada impian asal saya. Saya akui, salah saya juga kerana terlalu mengikuti haluannya. Sewajarnya saya berdegil dengan haluan saya sendiri. 

Keyakinan saya jatuh. Katanya, penulisan saya tidak bagus. Saya sedar penulisan saya tidaklah bagus, tetapi saya masih di dalam proses untuk memperbaiki diri. Tetapi dengan kewujudan dia, harapan dan impian saya terhenti, berubah kerana komen-komen negatif yang langsung tidak membina.

Buah fikiran saya tenggelam. Saya menjadi bodoh kerana diperbodohkan orang lain! Tetapi dia selalu menghafal kata-kata saya yang mempunyai perspektif tersendiri untuk mendapatkan penghormatan orang ramai. Yang mana satu perkataaannya? Saya tidak tahu. Tapi saya kenal ayat-ayat saya yang dihafal dan diluahkan kembali. 
Saya disenyapkan di hadapan orang dan menjadi mesin penjana idea untuk dirinya seorang. 
Dia menjadi JURU CAKAP ataupun MUKA DEPAN bagi suara seorang perempuan dan memberi jenama baru kepada suara itu, SUARA ITU MILIKNYA. Saya ini hanya feminis gila, bodoh, tamakkan harta dan kuasa. 

Kini saya sudah jauh daripada dirinya, saya berusaha keras memulihkan daya ingatan saya dan membuang sisi raksasa hitam yang dicipta oleh bekas pasangan saya. Saya gembira tetapi sedikit marah.

Saya semakin menjadi berhati-hati apabila bergaul dengan orang lain. Kembali kepada diri saya yang lama. Di mana saya sedar siapakah diri saya dan ilmu-ilmu yang sudah saya tuntut. 

Tarikan-tarikan itu ialah suatu ilmu yang benar-benar perlu dan tidak boleh diabaikan. Interpersonal dan intrapersonal! Saya masih lagi cuba memulihkan ingatan saya. Saya tidak pasti apakah perkataan yang tepat.

Terdapat para individu yang enggan mendalami ilmu perhubungan dan komunikasi, dan menyusahkan orang lain. Malahan terlebih yakin diri bahawa diri itu bijak pandai. Saya masih ingat bekas pasangan saya berani menipu saya katanya telah mengkaji pelbagai kitab cinta dan berdialog dengan teman-teman tentang cinta. Jika benarlah dia seorang yang mengkaji, adakah dia akan berani melakukan perkara yang melanggar moral? Jika dia seorang yang mengkaji dan matang, kenapakah dia tidak boleh melepaskan saya di tahun 2014 dan membawa kawannya untuk memujuk saya? Saya berasa sedikit kecewa memikirkan keputusan saya tidak dihormati dan dianggap sebagai individu yang tidak berfikir.

Saya dapati saya kini kejatuhan teruk kerana ketidakmatangan bekas pasangan saya yang enggan melepaskan saya dengan baik. Saya rasa dia sanggup saya mati di sisinya daripada mendapat kebahagian hidup. 
Saya pelik apabila seseorang yang berkata sayang tetapi perilakunya menyeksa orang lain dan membuat orang lain menderita. 

Apabila dia menyusahkan hidup saya, dia tidak sedar bahawa dia juga merosakkan keluarga saya. Bagaimana seorang yang begitu bangga bahawa dia seorang pembaca tegar dan karya-karya agung boleh melakukan perlakuan yang begitu mementingkan diri sendiri? Dia enggan menerima hakikat bahawa dia dan keluarganya telah memalukan keluarga saya. Sehingga kini, bekas pasangan saya tidak meminta maaf kerana memalukan bapa saya. Mereka tidak reti bahawa jika kehormatan, kepercayaan, kejujuran, keberanian dan sopan santun lebih mahal daripada wang ringgit. Mereka tersalah tafsir dan enggan mengenali keluarga saya.

Saya masih menghadapai cabaran harian ketika bergaul dengan orang. Saya selesa bersendiri. Saya penat mahu menerangkan jenis-jenis tarikan sesama manusia itu bukanlah sehingga ke tempat tidur. Bilakah kita akan berani belajar bahawa setiap tarikan itu membawa maksud yang berbeza-beza? Bukan segala tarikan itu memestikan tusukan batang pelir ke faraj?

Kenapa perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi kawan? 
Kerana ramai yang enggan mendalami pendidikan seks dan seksualiti. 
Kerana ramai yang tak reti nak bezakan tarikan dan ransangan hormon yang bergelodak di dalam diri.
Kerana ramai yang fikir bahawa tarikan itu hanyalah seksual dan sensual, semuanya perlukan hubungan intim.
Kerana ramai tidak faham bahawa sesetengah manusia hanya sedang bercumbuan akal dan bukannya bercumbuan secara fizikal.

Ada banyak lagi sebab dan saya berani untuk senarai sebab-sebab ini.

Kerana begitu banyak kerana ini saya sentiasa terpaksa bekerja keras untuk mengelakkan salah faham dan mencederakan emosi orang lain. Susah tau jadi transgender!

Signal-signal saya seperti "kawan ialah kawan" atau "kita ialah keluarga," terpaksa saya hantar. Tetapi apabila terdapat para lelaki yang menerima signal ini, terus mereka menjauhkan diri. Mereka tak boleh berkawan! Terutama dengan saya. Susahnya!

Hubungan manusia sememangnya rumit. 

Saya sering kerisauan apabila saya menghantar getaran yang berbeda tetapi disalah tafsirkan orang. 

Saya pernah bergaduh kerana isu ini. Bahkan saya pernah kehilangan orang yang saya sayang kerana saya menafikan tarikan antara kami bagi tujuan keselamatannya. Sehingga kini, dia tidak tahu bahawa saya memang benar-benar merasakan tarikan yang lain daripada mana-mana manusia yang lain walaupun berbulan lamanya berlalu. Lebih lucu lagi saya sudah menyayangi dia sejak 2014 lagi, cuma saya rasa bertanggungjawab kepada bekas psangan saya. Saya nekad untuk setia walaupun hati saya pada orang yang lain.
Apabila sudah bebas, saya masih terpaksa berahsiakan kerana dia muncul sebaik sahaja saya sudah putus dengan bekas pasangan yang enggan melepaskan saya. Terlalu cepat untuk hubungan baru dan tidak direstui oleh ramai orang.


Saya harus terima hakikat terdapat tentangan yang besar apabila saya mahu memulakan hubungan yang baru selepas apa yang terjadi. Saya merasakan keperitan berpisah bukan dengan bekas pasangan saya tetapi dengan orang yang paling saya sayangi. Saya tahu bekas pasangan saya tidak akan tenang dan mengamuk apabila kenalannya sendiri rupa-rupanya yang berada di hati saya.

Kami terpaksa berlakon dan melakukan perpisahan yang perit kerana ada ramai orang lain yang tidak akan membiarkan saya tenang. Saya terpaksa berseorangan dan melalui hari-hari menyembuhkan diri dari beberapa trauma besar dalam hidup saya.

Apa lagi yang kita boleh buat selagi bernyawa selain terus berusaha... Kan?

No comments:

Post a Comment