Tuesday, September 20, 2016

Hubungan antara lelaki dan perempuan: Lebih daripada Kawan. Bersedia atau Tidak? Bagian 1

Hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh menjadi rumit terutama melibat salah satu pihak yang mempunyai keinginan untuk menjadi lebih daripada seorang kawan.

Mungkin salah seorang daripada mereka tidak sedar bahawa sebelah pihak lagi menyukai dirinya.
Mungkin salah seorang daripada mereka hanya mahu menjadi kawan.
Mungkin salah seorang daripada mereka tidak sedar bahawa mereka sedang bercinta tetapi disedari oleh satu lagi pihak yang lain.
Mungkin salah seorang daripada mereka tidak sedar bahawa yang satu pihak baru sahaja memutuskan hubungan dan memerlukan masa untuk berehat walaupun sudah punya pengganti.
Mungkin salah seorang dariapda mereka sedang melindungi pasangan barunya daripada bekas kekasih yang masih tidak melepaskan lagi dirinya.
Walaupun seperti mudah dibuli, tetapi
manusia boleh jadi garang demi membela.
Apa pun kemungkinan yang ada, disarankan untuk bertenang dahulu dan siasat.

Penulisan ini ditulis daripada perspektif seorang perempuan yang mempunyai sifat melindungi pasangannya dan berhati-hati untuk membuat keputusan bagi mengelakkan kerumitan.
Dan ini hanyalah salah satu perspektif yang ada di muka bumi ini. Anda disarankan untuk membuat kajian dengan membaca, membuat kajian dan pelbagai lagi untuk mendapat khidmat perspektif berpasangan.


Apa-apa pun, sebagai individu yang semakin dewasa, kita perlulah bersedia untuk mempunyai hubungan berpasangan, memilih pasangan, menolak dengan baik, menerima dengan baik, membina hubungan yang sihat, bersedia untuk memberi komitmen, bersedia untuk melepaskan, menjadi pasangan atau bekas pasangan yang matang dan pelbagai lagi.

Mahu ataupun tidak, faktor-faktor ini perlu diambil kira dan difikirkan terlebih dahulu di dalam menyediakan diri untuk mempunyai hubungan berpasangan.
Lebih-lebih lagi kita yang hidup berkawan dan bercampur lelaki dan perempuan.

Apabila kita bersedia dengan ilmu sebagai seorang kawan atau sebagai seorang pasangan, sekaligus kita membina kapasiti diri untuk menjadi ahli masyarakat yang baik.

Kita perlu sedar bahawa di zaman yang moden ini, setiap manusia membawa pengalaman silam masing-masing dan membentuk dirinya yang anda temui di saat ini.
Apabila kita berkawan ataupun berpasangan, kita membuka ruang kepada individu berkenaan menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Mahu ataupun tidak, kita perlu terima hakikat bahawa apabila wujud seseorang di dalam hidup kita, individu berkenaan mempunyai sesuatu 'label' yang menentukan batas komitmen, ruang masa yang akan bertukar-tukar antara satu sama lain, tahap-tahap tertentu kefahaman antara satu sama lain, jenis-jenis jenaka dan pelbagai lagi.

Ianya seperti kod-kod yang tidak sulit tetapi ada dan nyata, ataupun bahasa yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Ia sesuatu yang separa halus tetapi wujud di dalam kehidupan seharian kita dan memerlukan banyak pengalaman untuk dibeda-bedakan.
Melalui pengalaman-pengalaman yang berbagai, kita dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Tetapi, adakah kita punya masa untuk menimba pelbagai pengalaman?
Adakah kita sanggup dikecewakan berulang-ulang kali untuk menentukan sesuatu?

Tahukah anda jika anda terjumpa
transgender, kemungkinan dia
 'straight,'
biseksual, panseksual ataupun
 asesksual.
Beranikan diri untuk bertanya
 daripada
mencuba terlebih dahulu. 
Oleh itu, mahu atau tidak, kita harus banyakkan pembacaan atau menimba ilmu daripada orang sekeliling kita dengan interaksi, bagi menyediakan diri kita.
Begitu banyak lambakan teori yang tidak sempat teruji yang membawa kesan berlainan kepada individu yang berlainan.

Bersedia atau tidak?

Ianya sesuatu misteri dan bermula dengan pelbagai persoalan yang berjela-jela, tidak sengaja saya bangkitkan. Soalan-soalan ini bertujuan untuk membuat pembaca berfikir terlebih dahulu dan menjadi curiga sebelum membuka kesudian untuk mendengar perspektif dari saya yang cuba menerapkan falsafah di dalam kehidupan seharian yang relevan dan hampir dengan kita.

Perjalanan hidup kita sememangnya mempunyai derita dan lengkok-lengkok tajam yang mengelirukan. Dengan falsafah, kita akan lebih memahami dan bertenang melalu perjalanan yang penuh nestapa tetapi dengan tawa dan ceria.

Barulah hidup ini semakin bermakna apabila dengan liku-liku! Tetapi bagaimana kita menghadapi liku-liku itu agar tidak terheret kesannya dan menyebabkan kita lumpuh kekecewaan.

No comments:

Post a Comment