Saturday, November 1, 2014

Saya perempuan yang punya ramai lelaki

Aku bersembang dengan kawan baik aku yang juga kesayangan aku. Dia cakap aku ramai sangat kawan lelaki.
Ya, betul.

Sebab tidak ramai perempuan baca apa yang aku baca, buat apa yang aku buat, kisah apa yang aku kisah.
Tuhan jadikan aku dengan pemikiran aku sekarang. Aku tak tahu bagaimana perempuan lain seperti aku lalui, tetapi susah untuk sebenarnya untuk mempunyai kawan perempuan yang baca apa yang aku baca, buat apa yang aku buat dan kisah dengan apa yang aku kisah.

Tapi tidak bermaksud aku mencari kawan perempuan yang buat segala yang aku buat. Lagi satu! Itu tidak membuatkan aku lebih baik dari mereka yang tidak buat apa yang aku buat. Dan mereka tidak lebih baik dari aku! Nanti ada orang ingat aku perasan lagi mulia!

Aku cuma cakap mereka tidak kisah sama macam aku.  Mereka kisah benda yang berbeza. Oleh itu, aku cenderung kepada orang yang kisah apa yang aku kisah. Maka kami boleh bersembang dan berbincang.

Aku tak tahu fesyen dan trend hidup terkini.
Aku tak tahu drama atau filem hangat terbaru.
Aku tak kenal artis.
Aku tiada target gaya hidup apa-apa pun.
Aku tiada target kereta apa, rumah apa, baju apa dan lain-lain.

Dan aku tak tahu apa perempuan lain fikir.

Membeli belah itu memang best. Entahlah. Secara semula jadinya, seronok membeli belah. Tapi apa yang aku beli pun lain dengan perempuan lain.

Serius! Apa perempuan fikir kalau mereka tak fikir apa yang aku fikir?
Kalaulah aku tahu, mesti aku ada ramai kawan perempuan.
Haha

Takpalah.. Hidup je la.
Yang penting aku tahu yang perempuan ni, kalau kau nak jadi kawan dia, kau kena luangkan masa yang banyak dengan dia. Baru bonding.

Lelaki? Aku tak tahu. Aku kawan je. Kalau bonding, bonding la. Kalau tak, diam je la. Kawan juga. Hahahaha..

Entah.


Semoga saya lebih ramai kawan perempuan dan mereka dekat dengan saya. Jangan jauh sangat. Takda duit. Amin! :D

Selamat Pagi dan Cuba Bercinta

Tidaklah pagi mana.. Cuma kerana insomnia yang teruk, bila sudah jam 4 baru dapat tutup mata. Bangun jam 10. Badan aku memang punya jam biologi tidur 6 jam. Tapi yang aku bengangnya sebab bangun jam 10. Dulu masa zaman sekolah sampai lah universiti, aku tidur jam 12 - 2 pagi paling lewat dan bangun jam 5.30 - 6.30 pagi. Sekarang aku punya reputasi yang memalukan. Aku mesti cuba perbaiki masa tidur aku. Bila malam sahaja, mesti kepala fikir terlalu banyak hinggakan kalau duduk dalam gelap pun tak boleh tidur.


Ya. Aku sedang cuba bercinta.

Semalam aku berbual di telefon dengan seseorang yang pernah aku kata tidak boleh diharap sebelum ini. Sebenarnya dia bukan sentiasa begitu, cuma sejak beberapa bulan yang lalu kami seperti gila memikirkan apa yang silap. Paras tahap kejujuran kami ialah terlalu tinggi antara satu sama lain. Kami boleh buat apa sahaja dan cakap apa sahaja kepada antara satu sama lain. Kadang-kadang boleh terima, kadang-kadang sentap tapi lepas itu baik balik. Tetapi apa sahaja jadi, kami akhirnya akan "stay together juga." Tak tahu kenapa. Tapi kami ingin tahu kenapa banyak sangat cabaran dan kemalangan kami yang ber"tingket-tingket" sejak akhir-akhir ini dan sangat menguji kami.

Setiap yang kami gaduh, kami jumpa jalan pulang ke pangkuan masing-masing. Sejauh mana pun cuba lari, ke situ juga akhirnya. Apa ini?

Dia akan datang untuk aku.
Dan aku akan datang untuk dia.

Tapi kami punya kegusaran kerana kita punya agama dan kita sayang Tuhan kita.
Aku tahu salah untuk berpasangan tanpa apa-apa hubungan. Itulah bila kawan baik jadi kekasih hati. Dan aku takut jika benar banyak kejadian ialah hukuman Tuhan.

Kami berdua sememang bersetuju dan memilih untuk percaya. Sebab kalau tak percaya, tak rasa takut dan tiada tindakan.


Sudah hampir setahun cubaan aku mengumpul wang ringgit gagal. Semalam abah sudah menyatakan bahawa dia lebih suka kalau aku tinggal di Shah Alam. Aku terharu dengan sokongan yang diberi dan aku kena berusaha bersungguh untuk terus melukis. Aku cuba asingkan wang lukisan yang aku dapat semalam- sewa, belanja makan, kenderaan dan kahwin.
Bagi aku, pembahagian duit ini walaupun kecil, janji boleh. Sebenarnya dah lama aku buat sistem begini. Cuma apabila ada projek sahaja, duit simpanan "kahwin *termasuk bakal jadi deposit rumah kononnya* pasti akan menjadi mangsa . Tujuan guna adalah untuk pelaburan, tetapi tiada untung. Berkurang dan banyak kali jadi kosong.


Memandang kali ini aku betul-betul yakin semua itu bukan takdir kosong, sebaliknya sesuatu yang mengajar dan terbukti aku dibawah pemerhatian Allah, aku nekad untuk mengumpul duit untuk berkahwin. Aku akan cuba kumpul duit untuk kehidupan berkahwin, dan membayar hutang belajar-hutang PTPTN.
Duit lebih perlu dikumpul untuk sebarang projek luar. Aku tidak boleh sentuh duit masa hadapan sebab aku perlu menyimpan. Sampai bila nak hidup macam sekarang. Aku  mnyewa bilik paling kecil di flat -syukur dapat bilik seorang tapi sebenarnya sebab aku sudah lama duduk disini maka aku berjaya rebut bilik ini. Mahu berkasih sayang tetapi tidak halal dan habiskan duit minyak dan makan di kedai. Kalau duduk rumah dan bercintun, bukankah lebih menjimatkan? Kalau aku punya projek luar dan kami sudah berkahwin, kami boleh lakukan aktiviti itu bersama dengan lebih baik tanpa syak wasangka dan dalam keadaan yang lebih dihormati. Kalau dia punya aktiviti dan dia gemar membawa aku, kalau sudah berkahwin, dia pasti lebih tenang apabila kami terserempak dengan kawan-kawannya.

Sebenarnya kami tidak suka orang nampak kami keluar berdua. Malulah terserempak dengan kawan-kawan lain. Tambahan kami tidak berkahwin lagi.

Apabila ada orang yang dikenali di keliling kami: Suka acah-acah kawan biasa, seperti "Kau member aku".


Persetujuan kami ialah akan kurangkan berjumpa (aku harap berjaya solusi ini, kami kawan baik kot! Boleh ke tak jumpa? Takpa, yang penting usaha!), mesej atau whatsapp sahaja, dia akan fokus belajar dan simpan duit yang mana ada, aku perlu lebih rajin melukis dan kalau boleh cari kerja atau sumber kewangan dengan lebih kuat lagi.

Harap-haraplah usaha berjaya. Kalau tahun depan duit tak cukup juga, entahlah weh! Lama dah usaha menyimpan ni... Tapi kerja pun tunggang-langgang!



Belajar dalam alam... Semoga aku kuat!