Friday, October 31, 2014

Apa lagi kau mahu? Ratapan kesakitan seorang perempuan

Aku tidak faham manusia yang tidak reti tamatkan sesuatu sedangkan beribu ugutan dan maki hamun menghalau aku pergi.

Aku memang sedang pergi. Perbincangan konflik sudah berapa ribu kali tetapi tiada persetujuan

Aku tak cantik
Aku gemuk
Aku bodoh
Aku selekeh
Aku tak reti nak faham orang
Aku suka menyusahkan orang lain
Aku ini menghasilkan rasa menyampah
Aku suka berlagak nak jadi hero
Aku suka buat apa yang mak kau cakap jangan buat
Aku yang terhegeh-hegeh
Aku yang mengada
Aku yang terlalu banyak cakap
Aku yang cakap tidak dapat difahami
Aku yang malas buat kajian
Aku yang pemalas
Aku yang tidak reti tepati janji
Aku yang perasan semua orang suka pada aku
Aku yang senang dibuli
Aku yang cuai
Aku yang malang
Aku yang tidak berduit dan mengharap bapa aku
Aku yang tak reti memandu dengan baik
Aku yang tidak faham tanggungjawab orang lain
Aku yang tidak menjaga agama aku
Aku yang tidak ada kerja tetap
Aku yang lemah
Aku yang selalu sakit
Aku yang degil taknak dengar cakap kau
Aku yang suka pakai "modal"lama


Semua itu aku. Aku memang seorang yang tak guna pun.
Apa lagi yang kau nak daripada aku?
Aku tak faham apa yang kau nak dan orang keliling aku nak dari aku?

Aku ini habuk sahaja.

Pergilah cari permata yang cantik, beragama, bijak pandai, patuh, ada duit, tidak menyusah dan sentiasa disayangi.

Aku malas mahu melayan apa sahaja yang menyakiti aku.


NOTA
Post ini disiarkan pada 31 hari bulan 10 pada tahun 2014.
Ditambah dan diubah sedikit pada 20 hari bulan 9 tahun 2016. Bermula dari sini...


Aku membaca post ini kembali selepas sekian lama telah aku menyepi.
Ternyata, segala pergaduhan masa lalu telah aku sedari dan tertulis di sini.
"Manusia itu tidak reti menamatkan sesuatu" itu sebenarnya memang benar-benar toksik yang menghakis hidup ini. Lelaki itu sama sekali tidak netral seperti yang diwar-warkan selama ini. Sudah ada segala beban bukti. Memang benar sudah berlanjutan sejak dari pada 2014 lagi aku mahu menamatkan hubungan yang tidak sihat tetapi dia dilepaskan pergi.

Aku tidak gila. Tetapi aku memang benar tidak suka disakiti.
Aku syukur manusia itu sudah terputus habis dari aku. Tetapi masih aku karangkan agar menjadi pengajaran kepada orang-orang yang lain.

Aku tersenyum kerana wujud beban bukti dan catatan lama.
Ah, maafkan aku yang nakal! Aku memang benar-benar tidak mahu melupakan siapakah diri aku, lalu aku menulis. AKU MENULIS SETIAP APA YANG BERLAKU, kerana dokumentasi itu penting.

Aku boleh tersenyum puas pada hari ini tanpa tangan tergetar-getar ataupun takut.
Tidak lagi boleh dia nafikan bahawa aku sudah lama tidak mahu bersama dengannya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment