Thursday, February 27, 2014

Buta Politik dan Membutakan Diri Dari Sebarang 'Politik'


Gambar ini begitu mudah sekali merumuskan segalanya tentang Buta Politik!
Saya berani megakui gambar di atas kerana saya pernah menjadi seorang yang sangat buta politik malah berbangga dengan kebutaan saya. Saya cakap politik sangat kotor dan malas nak ambil tahu. Saya juga pernah enggan mengundi. Langsung tiada usaha dari saya sebagai rakyat yang terkesan dari gelombang politik di Malaysia untuk membersihkan politik.

Saya masih ingat tiga tahun lalu saya baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi UiTM kampus Shah Alam, masih mudah dan masih segar. Kononnya berani menjelajah kehidupan mengikuti kawan-kawan ke pusat membeli belah. Terasa bosan ke sana tetapi itulah kehidupan. Terasa hidup ini begitu ada kelas sekali dengan berpakaian berjenama dan mengisi perut dengan makanan mahal-mahal. Sehinggalah ditegur oleh bapa aku mengingatkan siapa aku.

Aku sangat jauh dari politik, enggan membaca surat khabar dengan sengaja, dengar sahaja dari mulut kawan-kawan keliling atau pun pensyarah. Sehinggakan semakin panas nama 'Najib' dan 'Rosmah' didengarkan merata. Kemudian aku menyertai aktiviti di Universiti yang memerlukan aku mencari wang sumbangan dan aku berjaya mendekati ketua puteri sebuah parti cawangan Shah Alam. Ketika aku berbual dengannya aku mengalami begitu banyak tempoh kejanggalan kerana begitu banyak tentang Melayu dan ketuanan Melayu. Aku memang seorang pelajar undang-undang dan dikehendaki mempelajari dikriminasi positif ini, walaubagaimanapun apabila berada di dunia realiti, aku terasa terguris hati dan mula berfikir, "Kesian manusia bermata sepet atau berkulit gelap sedikit. Tidak selamat mereka di bumi tempat mereka lahir kerana nenek moyang mereka atau bangsa mereka bukan Melayu."

Masuk pula aku ke kelas Undang-Undang Dan Falsafah, di mana tiba-tiba aku kata aku memahami kenapa Hindraf marah, lahir di sini tetapi mereka rasakan penindasan. Aku di'hentam lembut' oleh kawan-kawan sekelas dengan bertanya apa lagi mereka mahukan dan menekan perbezaan bangsa. Tetapi aku dalam diri asyik membilang bahawa mereka tetap manusia.

Pelbagai penindasan perkauman aku saksikan. Kemudian penindasan kepada kelas pertengahan dan bawah dengan kenaikan harga dan sebagainya.
Ketika aku berusia 18 tahun, aku masih teringat sebuah buku seorang kapitalis mengucapkan bahawa sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang stabil ialah negara yang mempunyai cukai yang rendah kerana hasil negara sudah cukup untuk menjana perkembangan negara, kenapa perlu lagi duit rakyat. Sesudah menginjak usia 20-an, diiyakan kenyataan ini oleh aktivis-aktivis yang dimunculkan dalam kehidupan aku.

Mula aku belajar, segala harga semuanya mainan politik. Nak makan pun ada mainan politik. Mengamuk besar aku apabila harga segelas barli di Restoran Ayza di Alam Avenue 2, Shah Alam berharga RM2. Sekampit gula walaupun harga semakin naik masih menghasilkan berpuluh minuman dan jika dibahagikan kosnya ke setiap gelas hanya akan jadi naik maksimum 20 atau 30 sen. Sedangkan barli tersangatlah murah tambahan jika dibeli secara borong. Harga gas merebus barli? Kenapa kedai lain tidak mencecah RM2 sedangkan mereka pun merebus barli juga?

Semakin hari aku semakin geram dan enggan jadi buta politk. Tapi aku fikir mengapa aku pilih untuk menjadi buta pada awalnya dan mengapa orang dikeliling aku masih buta atau memilih untuk menjadi buta?

Ada beberapa sebab berdasarkan dapatan aku mengapa ramai memilih untuk menjadi buta politik:


  1. Selesa! Terdapat di antara mereka yang gaji sudah besar maka terasa tempias sahaja. Tak nampak kesusahan orang lain dan menampakkan bagusnya BR1M membantu sebab jarang mereka kira kos asas untuk hidup di bandar. Kata mereka orang miskin malas berusaha. Aku tidaklah miskin tetapi aku masih ingat aku bekerja sampingan di kedai photostat mencari duit lebih, sedangkan kawan-kawan aku berada di pusat membeli belah atau sedang duduk berehat di rumah kerana mereka tak perlu cari duit lebih, rezeki mereka duit sudah tersedia. Nak kata malas, aku dah berusaha, maka bagaimana nak kata orang miskin malas? Kerja teruk hasilnya sikit, nak belajar tinggi-tinggi pun tak mampu. Selesa membuta mata!
  2. Terlalu banyak berita kebodohan ahli politik dan kami tak boleh buat apa-apa. Jujur ramai yang geram dan bengang dengan kebodohan ahli politik. Dan kami marah dengan polisi yang berat sebelah dan pentingkan diri tetapi suara kami tidak kedengaran. Ahli politik wakil kami tapi tidak bercakap dengan kami. Mungkin kami tidak tahu mana saluran nak menyuarakan suara kami, tetapi saluran yang sedia ada pun tidak cukup promosi. Setiap aduan yang keluar di televisyen terutama TV3 semuanya berunsur memburukkan parti antara satu sama lain. Kelakar! Dipergunakan pula selepas mengadu, yang bekerjasama pun bodoh juga sebab rela diri dipergunakan. Aduan sebenarnya bertujuan dia untuk penambahbaikan bukan mengira dosa orang lain. Aku ada banyak aduan tak kiralah untuk apa kerajaan sekali pun! 
  3. Penat dan malas sebab banyak sangat drama yang tak perlu dan tak tahu hak! Edukasi dan kesedaran yang sangat kurang.
  4. Termakan dengan informasi arus media massa utama dan tidak membuat pencarian lebih lanjut. Banyak sangat menonton TV3, baca Berita Harian dan Utusan serta rajin buka Facebook. Yang pembangkang pun sama sibuk baca Harakah dan sebagainya. Cubalah tutup telinga baca tentang ekonomi, hak asasi, apa maksud adil, apakah ciri-ciri kerajaan yang bagus dan sebagainya sebelum memilih yang mana satu akan membawa kebaikan kepada rakyat sebenarnya. Ini asyik menghadam Facebook dan bahan bacaan yang berat sebelah. Malas sungguh hendak mencari informasi tambahan. Paling kelakar apabila ada budak cakap "Baguslah harga barang mahal! Itu tanda Malaysia maju!" Kalau aku mak dia, malang betul nasib dia. Umur dah 21 dan dah masuk universiti tetapi melontarkan kata-kata berkenaan. Kalau aku mampu mahu aku hantar budak berkenaan duduk Kemboja baru kau akan terkejut betapa mahalnya barang, betapa kerjaan mereka tidak berfungsi dengan baik dan kau rasakan nikmat kesusahan. BR1M membantu? Ini lagi nak menitik air mata. Aku duduk di Shah Alam sehari makan minimum RM12(sehari 2 kali makan) maka sebulan dah RM360. Sewa bilik mujur sahaja dapat RM125 tapi kena bayar bil dan kos minyak lagi. Aku pernah jalan kaki dari Ken Rimba ke UiTM Shah Alam-40 minit perjalanan dan polis bantuan yang menyapa ucapan selamat sendiri tidak percaya aku tak berduit. Secara total perbelanjaan aku sebulan kira-kira RM900-1000 termasuk bil dan sebagainya sebagai seorang pelajar. Ini pun pernah juga mandi pakai sabun orang sebab tak berduit. 

4 sebab-sebab ini sahaja yang paling aku kerap perhatikan di kalangan rakyat Malaysia dan terdapat pada diri aku juga. Mungkin ada lebih lagi sebab tetapi kelemahan aku untuk nampak apakah lagi sebabnya. Aku jujur yang juga baru nak mencelikkan mata kerana dulu aku penat, malas dan sangat selesa. Aku tutup mata dengan kesusahan orang yang membanting tulang tapi tak juga mampu menanggung anak sendiri. Sehingga ada anak yang mencuri sebab teringin nak baju baru. Semakin aku duduk dekat flat di Ken Rimba ini, semakin aku nampak kitaran hidup orang susah dan miskin yang bergaji tak cecah RM1300 pun.

Aku mengharap pos kali ini memberi kesan kepada yang sudi membacanya. Bukalah mata dan nampakkan realiti sebenar kehidupan. Jika anda terlalu selesa dan tidak susah hati, masih jauh dari realiti sebenarnya.


Tuesday, February 25, 2014

Kritikan Penerbitan Buku Indie: Wajar Atau Tidak Wajar?




Sebelum aku menjawab wajar atau tidak, aku ingin nyatakan di sini bahawa aku tidak berpihak kepada penerbitan buku indie, pengkritik mahupun arus sastera utama di Malaysia. Aku baca buku sastera yang 'halus', buku indie dan apa-apa sahaja jenis buku termasuklah yang diterbitkan Alaf 21.

Maka ini pendapat aku:

Biarkan pelbagai penulisan menghiasi zaman. Biar cacat cela, tidak bertulis cantik, penuh kesilapan tatabahasa dan sebagainya!
Memupuk cintakan ilmu dan membaca.
Bagi aku, sesuatu idea lebih baik ditulis daripada dicakap dengan mulut. Suatu hari nanti generasi akan datang akan mengkaji generasi kita dan akan dapat tahu bagaimana kehidupan generasi kita. Apa yang kita minum, sarung pakai kita, kemarahan kita, buah fikiran, perkembangan imaginasi generasi kita dan sebagainya. Bagi aku tiada buku yang tiada nilai walaupun syok sendiri.

Aku sangat tak suka siri novel romantis Twilight Saga. Aku pengkutuk tegar siri ini. Novel ini lagilah syok sendiri dan aku banyak kali cakap, "Buku ini seperti perempuan terdesak (dambakan cinta) yang sedang datang bulan, membayangkan cinta pengembaraan dan pengakhiran yang sempurna."
Tapi aku juga belajar banyak seperti 'Jangan jadi seperti Bella Swan."
Aku mula mendefinisikan cinta aku dan semestinya aku menolak cinta Bella Swan. Mungkin kerana aku seorang Islam dan sayang pada ibu bapa aku. Aku yakin aku lebih mahukan ibu bapa aku lebih daripada seorang lelaki yang aku kenal dalam kelas di sekolah ku.
Dan semestinya cerita itu mengingatkan aku realiti kehidupan bukan hanya kisah cinta yang utama.
Bacalah! Walaupun sekadar komik.
Banyak benda yang aku perjuangkan selain cinta antara lelaki dan perempuan.

Kembali pada buku indie, bagi aku, setiap buku ada cerita yang ingin disampaikan walaupun ada unsur lucah sekalipun. Karya sastera Inggeris turut mempunyai unsur liberal tetapi tiada apa masalahnya. Ia adalah catatan, sebuah cerita.
Aku teringat lagi catatan Pak Samad Said di muka surat awal karyanya berjudul Salina, dia hanya bercerita dan tidak bermaksud apa-apa. Dari ceritanya, banyak yang aku belajar betapa sehina mana manusia ada baik di hatinya dan dalam kehinaan itu, kadang-kadang lebih mulia dari yang kononnya putih bersih dan suci.
Aku belajar jangan cepat menghakimi orang.
Banyak juga aku belajar dari dari buku-buku Indie seperti karya Zul Fikri Zamir berjudul Sekolah Bukan Penjara, Universiti Kilang.
Aku turut membaca Awek Chuck Taylor oleh Nami. Aku sangat tak suka dengan isi kandungnya tetapi aku rasa rakyat perlu tahu wujudnya manusia seperti Nami.
Aku mengutuk habis-habisan karya itu kerana bagi aku adakah wajar seorang intelektual berperangai seperti dalam buku berkenaan? Pseudo intelektual? Mungkin! Dari situ aku belajar betapa hebatnya seorang perempuan membaca tetapi kadang-kala ada ilmu tiada adab pun bermasalah juga.
Sekali lagi aku ingatkan, Nami ialah juga seorang pencerita. Kita sebagai pembaca perlu berfikir sendiri baik buruknya. Ruang berfikir sudah diberi, gunakan.
Maka walaupun aku mengutuk buku Awek Chuck Taylor yang menimbulkan kejengkelan tak terhingga dalam diri aku, aku kata bacalah! Aku tak kisah dan aku tak akan sekat. Mari kita bincang apa yang engkau dapat dari buku itu. Rakyat perlu fikir dan berdiskusi!

Di dalam buku indie tercatit bagian realiti kehidupan lain yang tidak dirakamkan oleh buku-buku sastera aliran utama. Penulis-penulis indie dibesarkan dari perspektif kehidupan yang berbeza dan wajar didengarkan.
Apalah salah nya dua aliran ini terus wujud bersama mewarnai dunia ini?
Kalau nak tahu apa generasi ini fikir, bacalah apa yang mereka tulis. Ini adalah hasil pendidikan dan masyarakat Malaysia di dunia pasca kemodenan. Warna-warna kehidupan yang kita kena baca dan kita kena tahu.

Sebagai pembaca, kedua aliran ini membentuk pemikiran saya.  Bagi saya, tiada masalah dengan kewujudan buku indie yang kononnya potret syok sendiri. Saya baca dan saya fikir. Kedua aliran memberikan sesuatu kepada saya dan pembaca-pembaca yang lain.

 Antara perkara yang paling saya suka tentang membaca ialah pabila selepas habis satu buku saya diberi peluang untuk berfikir tentang kandungan buku tersebut. Pelbagai konklusi yang dapat saya buatkan dengan sendirinya dan diperbaiki dengan diskusi-diskusi bersama teman. Mereka juga membuat konklusi mereka sendiri. Walaupun kami berlainan pendapat tetapi kami saling menerima. Menerima perbezaan ini saya belajar dari diskusi kumpulan-kumpulan pemikiran yang menggalakkan membaca.
Dari mana tercetusnya idea untuk mencari mreka yang berfikir ini? Dari buku-buku sastera terbitan DBP, IKBN, dan lain-lain yang membuat saya terus dahaga mengkaji perkembangan peradaban manusia sehingga tekad mempelajari bahasa Inggeris.

Dari sekolah kerajaan yang sudah ditentukan silibusnya, saya disuruh membaca oleh guru-guru dan dahaganya saya sehingga saya keluar dari silibus-silibus robotitk. Waktu-waktu rehat di sekolah saya habiskan dengan membaca sastera klasik bahasa Inggeris kerana disuruh oleh buku-buku karya bahasa melayu. Dari satu buku, saya lompatkan ke buku yang lain yang berlainan bahasa, terbitan dan genre. Apa salahnya?

Membaca ialah proses pembelaran yang
sangat penting dalam membentuk sebuah
otak yang sihat
Segalanya yang negatif dan positif mengimbangi dunia. Membaca memberi saya kebebasan. Dengan mengawal dan menyekat bahan bacaan kerana ia syok sendiri, lucah atau liberal, adalah seperti Nazi yang membakar buku-buku kerana takutkan rakyat berfikir. Mematikan pemikiran dan tidak boleh saya terima perbuatan menapis bahan bacaan saya.

Walau bagaimanapun pengkritik sekadar pengkritik, dan penerbitan buku indie wajar dikritik untuk penambahbaikan bukan untuk diketepikan atau dilingkupkan. Kritik ini tidak menghalang kita membaca, sekadar mempersoalkan hasil penerbitan ini dalam memperbaiki kualiti mentaliti rakyat Malaysia terutamanya generasi muda kini. Sekali lagi saya tegaskan setiap bahan bacaan ada nilainya dan teruskan membaca walaupun ianya hanya layak dibawa ke jamban seperti Harian Metro atau blog-blog busuk memfitnah manusia.

Wassalam.







Cinta 101: Pelbagai Karenah Mencari Cinta, Nasihat untuk para Gadis

Terdapat karenah dalam mencari cinta dan yang sering kecundang dan menitis air mata selalunya ialah perempuan kerana mereka gelojoh dan mudah jatuh cinta -pendapat aku, kawan-kawan dan bapa aku.



Sistem dalam Islam setakat yang aku kaji, memang sesuai dengan fitrah kerana ia memelihara hati seorang perempuan dan sangat jelas dalam menampakkan kesediaan lelaki untuk bercinta atau berumah tangga. Jika mengikut cara Islam, lebih jelas tanda-tanda kesediaan pada lelaki dari sudut perbuatan jika dibandingkan dengan cara 'berkenalan terlebih dahulu, berteman, kemudian bila rasa boleh terima, baru lah ke arah perkahwinan-baru kumpul duit dan usaha ke arah perkahwinan- kalau tak suka, putus sahaja.' Cara kedua lebih memakan masa, tiada kepastian dan kemungkinan ke jinjang pelamin ialah 50%-50%.

Cara Islam secara ringkas yang aku faham

  • Berkenan? Risik calon dengan bantuan keluarga/saudara/ kawan kerana kita ketika ini mungkin mudah angau atau nampak segalanya baik-baik belaka. Perkara yang perlu dirisik ialah maklumat peribadi, status, bagaimana orangnya (ketika berurusan seperti kewangan, hubungan dengan keluarga, agamanya, kawan-kawannya dan apa-apa yang berkaitan)
  • Ambil masa dan kaji hasil risikan. Jika suka, lakukan istikharah dan usaha ke arah perkahwinan. Mula berbincang dengan keluarga.
  • Dapat lampu hijau? Jumpa sesama keluarga. Jangan lupa juga memberitahu calon sebelum datang meredah. Tapi ada juga yang terus jumpa mak ayah calon, kemudian mak ayah calon yang tanya calon itu. Mana-mana pun boleh mungkin..
  • Ke arah perkahwinan. Tahniah jika berjaya. Sebelum nak akad tu, kenalah jaga perhubungan. Yang gagal, cuba lagi.

Cara dalam norma masyarakat kita
Hidup ini suatu proses berjalan
ke arah Tuhan. 

  • Berkenan? Berkenalan dulu. Mengorat terus.
  • Berkawan dan berperasaan sesama keduanya jika berjaya didekati. Jika gagal didekati, usaha lagi atau cari calon baru.
  • Kemudian berkenalan dalam tempoh yang lama, di mana keduanya masih cuba membuat keputusan sama ada perhubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan atau tidak. Perempuan selalunya paling teruja dan nak kahwin- cinta sampai mati walaupun sebenarnya dia tak beberapa suka dengan peribadi lelaki itu. Ada juga perempuan di zaman moden ni, mula tak nak berkahwin, mengejar cita-cita atau nak cari duit dulu. Tempoh yang panjang berkenalan memberi dia masa untuk menilai pasangannya dan jika dia tak suka dengan pasangannya, dia akan minta putus. Jika dia ok, dia akan minta lelaki itu tunggu. Lelaki pula setakat ini ramai yang aku jumpa bila dah tak suka, dia akan mencari calon baru atau sanggup tidak kahwin sehingga jumpa calon yang sesuai. Kalau dia suka, dia tunggu mampu dan akan berkahwin. 
  • Jika gagal, mungkin akan rasa kekecewaan yang teruk kerana sudah banyak pelaburan dan terkesan keyakinan diri kerana ditinggalkan atau diputuskan. Jika berjaya, akan berkahwin akhirnya. 

Walau bagaimanapun dengan kedua cara ini, saya tidak dapat menjamin kebahagian pasangan. Sama ada islamik atau tidak islamik, kedua-duanya ada rekod penceraian. Semua terletak pada diri masing-masing. Tambahan lagi, bukan semua orang melalui jalan yang sama seperti melangkah ke alam cinta mengikut garis panduan islam. Kadang-kala, lain laluan yang sudah ditentu Tuhan.

 Nasihat yang saya berikan hanya sekadar penambahan idea dan boleh ditolak atau diguna pakai selagi boleh.

Nasihat saya untuk para gadis yang mencari cinta:
Hadirilah pelbagai majlis ilmu
jika anda mahukan lelaki yang
berilmu. Penuhi diri anda dengan
ilmu, dan yang anda inginkan
itu akan datang kemudian.
Datang kerana ilmu.
Jangan datang sebab nak mengorat
pula!
  1. Jika seseorang lelaki berbaik dengan kamu, bukan semestinya dia suka dan mahu memperisterikan anda. Selalunya dia sedang menjadi seorang sahabat yang budiman kepada seorang gadis. Jangan gelojoh dan jangan fikir bukan-bukan. Jika dia benar suka, dia akan memberitahu dan berusaha menjadikan kamu sesuatu dalam hidupnya
  2. Jangan terhegeh-hegeh atau terdesak. Cinta datang bila tiba masanya walaupun anda kesuntukan masa-faktor umur menyebabkan perempuan sangat terkejar-kejar. Jangan kerana kesunyian kita sanggup mengejar seorang lelaki yang tidak punya langsung perasaan pada kita atau dia sebenarnya menganggap kita kawan. Jika benar ada cinta, dari persahabatan pastinya ia akan bertukar menjadi perhubungan cinta. Jangan peningkan lelaki berkenaan dengan dilema dan kejanggalan dengan perangai kita yang mengharap cinta yang tak akan datang. Dia kemungkinan enggan kehilangan kawan dan pening memikirkan cara untuk tidak menyakitkan hati anda dengan hakikat dia tidak punya perasaan kepada anda.
  3. Ketahui diri anda dan lelaki jenis apa yang anda mahu. Bertegas dengan kemahuan itu. Paling ramai saya jumpa gadis yang gemar lelaki berpendidikan/lelaki yang baik tetapi kerana terdesak dan pada saat itu lelaki yang kurang berkualiti yang ada, dia terus melayan sahaja dan akhirnya jatuh cinta. Kemudian menyesal di kemudian hari. Hentikan perbuatan ini. Selain itu, jika anda mahukan lelaki yang baik, cinta dan perkahwinan yang bagus, mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.
  4. Jangan cepat jatuh cinta! Apabila sudah jatuh cinta, kentut busuk pun jadi wangi. Perangai kurang senonoh pun sanggup diterima. Jangan cepat buta! Bahayanya angau membutakan ramai orang.
  5. Bertenang dan ambil masa.
  6. JUJUR. Kalau suka pada seseorang, cakap. Kalau dia tolak, terima dan teruskan hidup. Berkawan dengan orang itu. Jangan putus kawan hanya kerana ditolak. Dia tak main perasaan anda dan anda tak main dengan perasaan dia. Dengan kejujuran, lebih terus dan menolak segala ketidakpastian maka lebih cepat anda 'move on'. Kalau anda simpan perasaan, mungkin dia juga dalam dilema walaupun dia sukakan anda. Ambil risiko jika sanggup, tapi ambil masa juga sebelum nak meluah isi hati, cuba bagi klu atau petanda tentang rasa isi hati secara halus. Ambil masa anda, jika positif hasil petanda atau ujian, barulah cuba meluah isi hati. Jika ditolak, jangan bersedih atau marah. Teruskan berkawan dan cari calon lain.
  7. Sayang diri anda! Terdapat mereka yang mengharapkan orang lain menyayangi diri mereka. Mereka mendambakan perhatian dan kasih sayang orang lain. Bergantung pada manusia lain. Kenapa tidak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu? Hormati diri sendiri? Kadang-kadang apabila kita terlalu dahagakan perhatian orang lain, kita akan merasakan kita paling terabai sekali.
  8. Cuba memahami lelaki dan fahami juga cinta dengan buku-buku di pasaran, bertanya pada keluarga dan kawan-kawan dan sebagainya cara untuk ketahui cinta. Bapa saya sangat tegas dengan menyatakan nak tahu lelaki itu mahu atau tidak ialah kesanggupan lelaki itu untuk berjumpa bapanya dan meminta anak perempuannya untuk diperisterikan. Kalau jumpa sekadar nak berkenalan, ada peratus ketidakpastian. Pada pemerhatian saya, terdapat kawan lelaki saya yang sangat berhati-hati tentang cinta dan berjumpa dengan keluarga teman wanitanya. Walaupun masih belum dia meminta untuk memperisterikan pada awal pertemuan, bapa si perempuan memberi peluang kerana si lelaki seperti lelaki yang boleh dipercayai, bermoral dan berpendidikan. Akhirnya mereka berkahwin setelah si lelaki mendapat pekerajaan yang stabil. Sepanjang perhubungan sebelum berkahwin, lelaki itu menampakkan perangai yang boleh diterima keluarga si perempuan dan sentiasa berbaik-baik dengan mereka. Pandangan-pandangan ini penting dalam membantu anda membuat keputusan.

Setakat ini sahaja 8 nasihat yang saya mampu fikirkan untuk dikongsi bersama. Saya gadis yang sangat terus dan suka ambil risiko tetapi mengambil masa dalam meluah isi hati. Pernah ditolak dan menjadi gagalis cinta tetapi saya masih berkawan dengan mereka yang menolak. Tiada apa yang hendak dimalukan. 

Manusia cenderung melakukan kesilapan. 
Sebelum meluahkan isi hati di Facebook atau di Twitter tentang kesukaan, ada baiknya jika bertanya pada tuan badannya terlebih dahulu.
Saya pernah juga dilamun kesukaan di laman sosial dan merasa seperti memalukan diri sendiri. Mujur tidak pernah dinyatakan empunya nama kesukaan saya pada ketika itu.
Sejak itu saya mengambil langkah berjaga-jaga kerana saya sayang pada diri saya.

Masa mematangkan kita, dah buat sekali, jangan buat lagi. Teruskan sahaja kehidupan dan jadilah yang lebih baik dari diri kita yang semalam.

Wassalam!


Bila usaha membuahkan hasil yang kita mahukan, indahnya dunia! Tetapi jangan lupa hayati proses itu. Kerana dari proses, banyak yang boleh kita pelajari.


Sunday, February 16, 2014

Cinta 101: Langkah-langkah Awal

Teringin nak bercinta? Teringin nak berkasih-sayang dan teman menemani? Teringin nak diambil berat?
Tetapi sebelum anda bercinta, anda tahukah apa itu Cinta? 

Ya, apa itu Cinta?
Tahu tak tanggungjawab yang akan datang apabila anda bercinta?
Anda nak bercinta dengan manusia yang berlawanan jantina, tetapi mental anda tidak bersedia langsung!
Anda nak bercinta dan kononnya boleh berkenal-kenalan dalam tempoh bercinta, tapi bila sudah kenal, semakin sakit hati pula.
Ini namanya khayalan.. Ingat semua perempuan bidadari? Atau semua lelaki bidadara?
Kemudian mula mengambilan keputusan meninggalkan manusia itu!
Itu suatu yang tidak bertanggungjawab jika ditinggalkan sewenang-wenangnya.

Hentikan angan-angan dan dambaan mahukan yang terlalu kacak atau yang terlalu cantik. Perlu sedar diri.



Sebelum bercinta, pastikan anda tahu apa itu Cinta.
Dari situ, anda akan memahami lalu menjadi seorang pencinta dan sangat istimewa untuk dicinta.
Mungkin anda akan tiba di suatu fasa kesunyian dan menggelarkan diri sebagai gagalis tegar kerana gagal dalam dunia cinta.

Tetapi dalam meraih sesuatu yang baik, masa perlu diambil.
Tempoh gagalis tegar itu, diguna untuk memahami cinta, menyediakan mental dan anda boleh guna untuk mengkaji tentang mentaliti kaum Adam/Hawa
Cuba baca bagaimana komunikasi yang efektif: meluahkan rasa tidak puas hati, nak bergurau dan bagaimana hendak 'bergaduh' dengan baik.
Menerima perbezaan biologi dan mentaliti sebelum lagi anda memasuki sesuatu hubungan lagi.
Belajar hormati jantina yang berlainan
Hentikan perbuatan memperendahkan perempuan atau lelaki
Tiada yang lebih menjengkelkan daripada manusia yang sexist secara negatif
Lekatkan dalam otak bahawa lelaki dan perempuan hidup bekerjasama di muka bumi ini!

Mulai perjalanan cinta anda dengan mengenali apa itu Cinta, tanggungjawab yang datang dengan Cinta, persediaan mental dan sedikit ilmu tentang perbezaan lelaki dan perempuan.

Dengan ilmu yang ada, anda sudah mengorak langkah untuk menjadi seorang pencinta yang baik!


“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” 
― Hamka


Friday, February 14, 2014

Buku Jalanan Shah Alam ke 47 Apa itu Pusat Sekitar Seni di Padang Jawa, Shah Alam pada 8.2.2014


            Pada 8hb Februari 2014, pustakawan-pustakawan Buku Jalanan Shah Alam telah mengadakan suatu slot memperkenalkan Pusat Sekitar Seni yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam. Selain itu terdapat persembahan akustik Fraud Dispute Escapade menghiburkan para hadirin yang datang, diikuti dengan semua dibawa bersiar-siar melihat kawasan perkampungan Padang Jawa yang majoritinya didiami oleh kaum India.



     Untuk pengetahuan semua, Pusat Sekitar Seni ialah pusat komuniti di perkampungan terbabit yang diwujudkan oleh para seniman dan seniwati (Aisyah, Idham dan ramai lagi) yang bergiat aktif di kampung itu mendekatkan seni kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti kesenian yang dilakukan di situ seperti Padang Jawa Art Festival dan Population: In or Out. Kedua acara yang saya nyatakan sebentar tadi ialah acara yang besar berlangsung melibatkan ramai seniman dan seniwati dan turut menjemput artis daripada seberang iaitu Indonesia turun padang dalam menjayakan acara-acara ini.



      Padang Jawa dihiasi dengan seni jalanan yang membawa mesej-mesej tertentu daripada pelukis itu sendiri, penduduk-penduduk dan menggambarkan isu-isu semasa di kampung terbabit- isu politik dan agama. Lebih menarik lagi apakah akan terjadi kepada lakaran dan lukisan selepas acara sudah tamat. Daripada proses bagaimana melukiskan sehinggalah penglibatan anak-anak jati kampung tersebut dititik beratkan dalam kedua acara ini. Kemudian akan diperhatikan kesan daripada hasil seni ini kepada masyarakat setempat.



    "Seni itu untuk seni atau seni itu untuk rakyat?" Persoalan itu pernah dibangkitkan oleh Idham sangat menarik sekali untuk dibincangkan, memandangkan pada zaman kini seni kadang-kala adalah untuk golongan elitis dan ada juga seni yang semata seni industri. Pernah aku terbaca jika sesuatu karya tidak menyentuh atau menyentap hati, maka ia langsung tidak berbaloi untuk dimaterialisasikan. Apalah guna jika sesuatu karya tidak mempunyai jiwa.


    Kemudian diperbincangkan juga tentang 'apa itu aktivisme' sebelum pustakawan-pustakwan merekrut sukarelawan baru. Tiga buah lagu didendangkan kepada para hadirin sebelum kami bersiar-siar ke sekeliling Padang Jawa dan berbicara tentang seni dan masyarakat.


     Setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Jemput klik 'like' di Facebook Buku Jalanan Shah Alam dan ikuti twitter Buku Jalanan Shah Alam tweethandle : @bukujalanan










Seni itu untuk seni atau seni itu untuk masyarakat?

Berbasikal, Oh Panasnya Malaysia!

Sejak akhir-akhir ini aku sedaya upaya cuba meningkatkan stamina diri aku, berusaha untuk menjadi versi yang lebih sihat dan cantik kononnya. Berjoging dan berbasikal antara aktiviti yang aku lakukan untuk mencapai matlamat kecil ini.

Sudah lama idea ini dibangkitkan tetapi masih tidak ramai yang mampu melaksanakannya. BERBASIKAL KE MANA SAHAJA atau MENJADIKAN BASIKAL KENDERAAN UTAMA BAGI YANG MENAIKI KENDERAAN SECARA SOLO.

Idea ini sangat bagus kerana:

  • mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • mengurangkan kesesakan jalan lintas
  • menyihatkan tubuh badan
  • menjimatkan wang ringgit (kos: minyak dan 'maintenance' kereta)
Dan pelbagai lagi manfaatnya. Kita sudah lihat pelaksanaannya di negara-negara Eropah.
Tapi kita di Malaysia, sini PANAS lah!

Secara jujurnya aku terpaksa setuju dengan kenyataan panas itu.
Aku sudah mencuba meredah daripada rumah aku yang terletak di Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam...
Sehinggalah ke Bank Hong Leong, Seksyen 15, Shah Alam pada jam 3 petang.
Kenderaan tersangatlah laju dan ada pemandu yang kejam-kejam belaka.
Menitik peluh jantan seorang gadis bernama Husna Nabila.
Stamina pula masih tidak kuat.
Dan masih tiada lorong motorsikal atau basikal sepanjang perjalanan ini.


Sebenarnya, kita boleh berbasikal ke mana sahaja kita mahu pergi! Tidak mustahil idea ini untuk dilaksanakan di Malaysia!

Kenapa kedengaran mustahil? Kerana bukan budaya kita dan semua tak mahu berpeluh. Jujurnya, aku pun tak nak busuk jika tiba ke sesuatu destinasi.

Panas!
Semua tahu kenapa Malaysia panas!
Pokok yang ditebang dan udara yang semakin tercemar. Semua salah kita. Suruh berbasikal untuk mengurangkan pencemaran alam tetapi kita bagi alasan panas. Memanglah panas, sebab semua salah kita yang mencemari bumi kita dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida yang tinggi di udara.
Kemudian ditebang lagi pokok sehingga tak sempat pokok mahu memproses karbon dioksida menjadi oksigen. 
Bodoh dan pemalas! Wajar kita jauhi label ini.

Maka saya menyeru lebih ramai orang berbasikal agar mengurangkan kadar pencemaran udara. 
Saya yakin dengan usaha ini, kita boleh mengurangkan suhu di Malaysia.
Kemudian saya galakkan juga penanaman lebih banyak pokok-pokok di Malaysia.
Dan sama-sama kita menjaga kebersihan alam sekitar,

Sekian sahaja entri untuk petang ini.


*mahu berbasikal
*tak pernah sapu sunblock di muka
*terbakar tapi saya OK :D


Berbaktilah kepada BUMI



Thursday, February 13, 2014

Bumi Kemboja: Terkesan dari Kecelakaan



Semasa di Kemboja, tidak dapat aku menahan rasa ingin tahu yang semakin menimbun memberatkan dada  iaitu tentang bumi Kemboja. Tertanya-tanya aku kenapa bumi di bagian ini kesusahan dan kemunduran melanda rata-rata penduduknya. 5 buah buku aku beli untuk menjawab persoalan yang meninggi di dada. Apakah terjadi pada silamnya sehingga mereka hidup sebegitu rupa? 

Suka aku nyatakan di sini, aku tersangat gembira di atas jualan buku yang di merata-rata, sekaligus memudahkan aku mendapatkanya. Tetapi sedih hati ku apabila mengetahui hakikat bahawa si penjual langsung tidak reti membaca buku jualannya, sejarah negara mereka sendiri. 

Aku memulakan pencarianku dengan membaca A History Of Democratic Kampuchea (1975-1979) ditulis oleh Khamboly Dy, sebuah buku yang mendokumenkan secara ringkas mimpi buruk penduduk Kemboja. Di  bab pertama buku ini memuatkan ringkasan sejarah di mana bermula dengan penaklukan oleh Parti Komunis Kampuchea( Communist Party of Kampuchea or Khmer Rouge) pada bulan April 17, 1975. PKK mewujudkan Kerajaan Demokratik Kampuche pada tahun 1976 dan memerintah negara sehingga Januari 1979.                                                                                                                                                                                                              
Sebaik sahaja beberapa hari selepas penaklukan, kira-kira 2 juta penduduk Phnom Penh dan lain-lain bandar dipaksa oleh PKK untuk berpindah ke luar bandar untuk menjalankan kerja-kerja pertanian. Ramai yang mati ketika pengosongan bandar-bandar berlaku. 

Kemudia PKK mula melaksanakan program transformasi secara radikal 'Maoist' dan Marxist-Lennist. Mereka mengimpikan transformasi yang menjadikan Kemboja sebagai masyarakat tanpa kelas di mana tiada yang kaya mahupun yang miskin dan tiada kegiatan eksploitasi.
Bagi mencapai transformasi ini mereka

  •  telah menghapuskan market bebas, persekolahan, harta persendirian, stail pemakaian yang asing, aktiviti keagamaan dan budaya tradisional Khmer. 
  • menukar kebanyakan bangunan-bangunan sekolah awam, pagoda, masjid, gereja, universiti, kedai dan bangunan kerjaan menjadi penjara, kandang kuda, kem pendidikan semula dan bangunan tempat penyimpanan biji-bijian.
  • menghapuskan sebarang kenderaan persendirian atau awam dan hiburan yang tidak bersifat revolusioner, sebarang hiburan sangat terhad. 
  • kesemua orang di negara termasuk kesemua pemimpin PKK memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda tradisi pemakaian revolusioner.

Di bawah kepimpinan kerajan Demokratik Kampuchea, hak asasi kesemua rakyat disekat atau dihalang daripada menikmatinya. Tiada kebebasan untuk keluar dari kumpulan kerja mereka, tidak dibenarkan berhimpun dan berbincang. Jika lebih dari 3 orang berkumpul dan bersembang, mereka akan dituduh sebagai musuh dan akan ditangkap atau dihukum. Hubungan kekeluargaan dikritik hebat dan mereka tidak dibenarkan menunjuk kasih sayang, rasa lucu atau kesian. Kesemua rakyat Kemboja diminta untuk percaya, menurut perintah dan hormat hanya pemimpin-pmimpin PKK yang menggelarkan diri mereka Angkar Padevat dan mereka jugalah menjadi "ibu dan ayah".


PKK menyatakan bahwa hanya mreka yang suci sahaja yang layak untuk membina suatu revolusi, maka selepas perampasan kuasa beribu tentera, pegawai tentera dan penjawat awam dibunuh oleh PKK kerana dianggap tidak suci. Kemudian beratus ribu lagi para intelektual, penduduk bandar, golongan minoriti seperti Cham, orang Vietnama dan Cina  dan ahli PKK sendiri dihukum sebagai pengkhianat.


Selain itu dibawah perancangan empat tahun PKK tahun 1976, rakyat Kemboja dijangkakan untuk menghasilkan 3 tan beras sehektar seluruh negara. Maka rakyat Kemboja perlu bercucuk tanam dan menuai padi setiap 12 bulan setahun. PKK memaksa rakyat bekerja lebih 12 jam sehari tanpa rehat dan makanan yang cukup. Kemudian pada tahun 1977, pertembungan berlaku di antara Kemboja dan Vietnam dan 10 ribu orang dihantar untuk berperang dan beribu mati.
Pada Disember 1978, unit-unit tentera Vietnam dan angkatan United Front for the National Salvation Kampuche berlawan bertungkus-lumus meredah memasuki Kemboja dan berjaya menawan Phnom Penh pada January 7, 1979.

Barisan kepimpinan PKK melarikan diri ke barat dan membina semula angkatan mereka di territori Thai dengan bantuan Cina dan Thailand. Kemudian berlakunya di mana Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu mengundi dengan sepakat untuk menolak pergerakan komunis dan ini termasuk PKK atau Khmer Rouge. Pada tahun 1979 sehingga 1990, kerajaan yang diiktiraf hanyalah kerajan Demokratik Kampuche  sebagai wakil negara Kemboja.

Selepas bertahun rundingan dengan kesemua parti di Kemboja, pada Oktober 23, 1991 perjanjian keamanan ditandatangani dan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya peringkat kebangsaan di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. PKK telah memboikot plilihan raya berkenaan dan enggan menghentikan serangan sehingga pemilihan Kerajaan Diraja Cambodia sebagai kerajann pada tahun 1993. PKK di Kemboja lesap pada 1999 selepas kematian ketua rejim PKK, Pol Pot pada tahun 1998. 

Anak-anak yang lahir pasca kejatuhan Kerajaan Demokratik
Kampuchea, masih dalam kemiskinan.
Melihat kepada penderitaan penduduk Kemboja dari tahun 1975-1979 dan kepincangan dalaman sehingga tahun 1993 telah mengakibatkan ketiadaan kerajaan yang stabil untuk mentadbir negara Kemboja. Negara mereka masih dilanda kemunduran memandangkan ramai para intelektual yang mati dibunuh oleh PKK dan rata-rata mereka yang masih hidup tidak mempunyai pendidikan. Mengharap pada generasi muda untuk mengubah masa depan Kemboja, pelbagai cabaran perlu dihadapi seperti kekurangan bekalan makanan dan kemiskinan di mana menyukarkan rakyat untuk sihat dan mendapat pendidikan.

Pernah saya terbaca sebuah artikel bagaimana seorang journalis telah mengkritik kerajaan Kemboja dan simpati dengan rakyat Kemboja yang disumpah mempunyai kerajaan yang tidak berfungsi dengan baik kerana gagal menangani keadaan pasca banjir tahunan sekaligus mengakibat kematian ribuan orang termasuk kanak-kanak kerana kekurangan nutrisi dan penyakit berleluasi selepas banjir. Aku tidak pasti sama ada hendak bersetuju atau tidak dengan menyalahkan kerajaan seratus peratus. Hakikatnya Kemboja masih baru keluar dari kecelakaan dan kekurangan bijak pandai di negara itu mengakibatkan kesukaran negara itu untuk membangun. Di tambah pula dengan cuaca yang sangat mencabar di mana banjir tahunan yang panjang menyukarkan sektor pertanian untuk menyumbang kepada ekonomi negara. 

Selain itu aku turut merasa kemarahan journalis berkenaan memandangkan aku pernah membeli barangan di bumi Kemboja. Yang miskin terlalu miskin dan kaya terlalu kaya. Barangan dijual dalam nilai dollar Amerika mencekik rakyat jelata. 

Sedikit cebisan pengalaman ingin aku kongsikan di mana ketika berada di perkampungan di Kampung Chnang, aku sering berkepit dengan sebuah buku bertajuk Perempuan Nan Bercinta karya Faisal Tehrani. Setiap masa terlapang akan aku gunakan untuk membaca buku berkenaan sehingga menarik perhatian anak saudara kepada Mat Romly yang berusia 10 tahun. Kebolehan berbahasa Inggerisnya sangat lemah maka dia hanya memerhatikan aku dari jauh dan tersenyum apabila bertembung mata dengan ku.
Pada hari terakhir aku berapa di sana, keluarga Mat Romly membawa kumpulan SRM UTP yang aku sertai ke Central Market di Bandar Phnom Penh untuk membeli belah. Anak itu turut ikut dan diperhatinya aku yang sudah memborong kira-kira dua buah buku dari seorang lelaki tempang.


Beberapa minit kemudian dia datang dan menunjukkan aku sebuah buku cerita hantu untuk kanak-kanak dalam dwibahasa (Khmer-English). Terharu aku dengan gembiranya dia memberi dan menunjukan buku itu kepada aku. Aku memujinya dan menggalakkannya membaca. Pak Ciknya dan abang kepada Mat Romly, Mat Srales datang dan memberitahu bahawa buku senipis dua kali ganda buku lukisan warna di Malaysia yang boleh didapati di pasar raya biasa itu berharga 3 USD (RM15-12 senaskah). Dan harga itu sangat mahal tetapi masih berdegil anak itu untuk memilikinya. Bapa kepada anak itu yang berada di situ muka tersenyum dan gembira hanya mengangkat bahu dan memberi signal dia mampu membayarnya. Aku tenang sedikit.
Memegang buku yang dibelinya. Semoga di berjaya keluar
dari kemiskinannya dengan ilmu yang ada.



2 hari selepas aku pula ke Malaysia, aku berbual di FB dengan Mat Srales. Tiba-tiba dia tercerita tentang anak itu dimarahi teruk oleh ibunya sebaik sahaja tiba di rumah kerana buku berkenaan. Sebak hati aku. Rupanya 3USD itu sangat besar nilainya dan boleh menyuap 5 orang makan.

Bagaimana nak hidup jika tiada makanan? Bagaimana nak makan tanpa ilmu? Makan sahaja yang mana ada sekadar yang mampu. Mengejar pendidikan sekadar yang mampu. Sampai bila derita mereka, tidak aku tahu. 
Tertanya aku kenapa di Kemboja menggunakan USD? Tertanya juga kenapa harga pendidikan begitu mahal. 3USD untuk sebuah buku kanak-kanak yang tipis di Kemboja, dibandingkan pula sebuah novel kanak-kanak berharga RM5-10 paling murah di Malaysia. Apa kerajaan mereka buat? Tertanya aku! Apa jadi sebenarnya? Kenapa yang kaya makin kaya, dan yang miskin makin miskin? Nak makan susah, nak belajar pun susah. Bagaimanalah mereka melalui kehidupan seharian di sana.





Harga sebuah kamus di negara sana. 

         







Bumi Kemboja: Perjalanan Memanusiakan Aku

Kini diuruskan oleh anak-anak belasan tahun
selepas kematian bapa pertengahan tahun 2013
Pada Oktober tahun 2013 yang lalu, aku berpeluang menyertai program SRM UTP mejalani ibadah korban di bumi Kemboja. Kami berlepas dari Malaysia pada 6.50 pagi dan tiba di bandar Siem Reap pada jam 8.05 pagi waktu Malaysia. Hati aku membuak-buak gembira menjejak kaki untuk pertama kalinya di bumi Kemboja dan kagum dengan birunya langit, putihnya awan dengan silauan warna perak. Matahari memancari dengan silau putih menerangi pagi aku yang pertama di situ.

Rumah penduduk tempatan yang terletak seberang jalan
 dengan restoran Muslim Family
Destinasi kami sebenarnya ialah di daerah Kampong Chnang, yang terletak kira-kira satu jam lebih menaiki kenderaan dari pusat bandar Phnom Penh. Sengaja mendarat di tempat berbeza untuk berkunjung ke Muslim Family Restaurant. Niat penasihat SRM (bapaku) ialah hendak berjumpa dengan ustaz pemilik restoran ini yang pada tahun sebelum ini pernah mereka berjumpa. Mengejutkan ialah berita kematian ustaz ini pada usia 40an dan kini tinggal anak-anaknya yang masih belasan tahun menjaga restoran ini.

Perjalanan kami diteruskan dari Siem Reap ke Phnom Penh dengan berita kematian tersebut. Aku masih tak sangka aku berada di Kemboja.

Masih terdapat kawasan yang belum kering banjirnya
Perkampungan di Kampong Chnang walaupun berkedudukan tidak jauh dari Phnom Penh, ia antara kampung yang jarang menerima sebarang bantuan kemanusia seperti tempat-tempat yang lain. Aku terjumpa sebuah sekolah kecil bersebelah dengan kampung yang kami kunjungi. Dalam hati aku, terasa sayu melihat sekolah yang serba tak lengkap itu.

Anjing hitam kesayangan mekanik ini
Tiada orang luar selain kami sepanjang kami di sana. Keluarga Mat Romly menyambut gembira kedatangan kami dan orang kampung asyik memerhatikan kami yang sihat-sihat belaka. Kulit kami tidak seperti kulit orang sana yang terkesan dengan seharian bekerja keras dan kekurangan nutrisi. Anak-anak kurus dan jarang aku lihat manusia badan berisi.

Dari pemerhatian aku, mereka sangat daif dan bertambah malang dengan kewujudan kerajaan yang tidak berfungsi dengan baik dalam mentadbir negara. Saya bangkitkan persoalan mengapa kerajaan mereka begitu? Kenapa Kemboja sangat mundur? InshaAllah akan saya kongsi, kupas dan bincang di dalam entri yang lain.

Jalan menunju ke sebuah perkampungan.(Siem Reap)
            Kata Abah yang sudah kali ke tiga ke perkampung Islam di situ, "Kita sahaja yang datang sini. Semua sebab ini kampung Mat Romly." Mat Romly ialah anak jati Kampong Chnang ("kampong" di Kemboja bermaksud the side of a river or any other water body [wikipedia]) dan di perkampungan itu, hanya dia dan abangnya sahaja yang berjaya menjejaki kaki ke universiti. Dia belajar dengan biasiswa di UTP Malaysia. Abangnya sudah tamat pengajian di Jepun dan sedang menyambung pelajaran untuk sarjana dan aku lihat Mat Sroles berkobar-kobar hendak membantu orang kampungnya. Kampung mereka
Dari Siem Reap ke Phnom Penh di bawah awan. Bumi
rata dan perjalanan tanpa tol. 
 besar tetapi orangnya dhaif belaka tak kira Islam atau tidak, mereka sangat miskin. Mandi pun masih mengharapkan air telaga dan rumah masih ada yang menggunakan daun nipah atau tiang yang digantung plastik khemah berwarna oren.

Sama ada kawasan banjir atau sawah padi. Gagal nak
dibezakan kerana sawah padi mereka juga kelihatan
seperti ini.
      Tersangat miskin! Teringat ketika aku ke daerah Padang, Indonesia, walaupun mereka tidak punya banyak wang, hasil bumi mereka kaya dan masih boleh makan kenyang. Sumber pertanian mereka sangat menggalakkan dan subur memandangkan kawasan yang aku lawati berdekatan dengan gunung berapi (Gunung Singgalang dan Gunung Merapi). Berbeza pula di Kemboja yang panas terik ketika itu, walapun rata-rata rakyat menjalankan aktiviti pertanian, mereka masih kelihatan lapar dan kurus. Kemiskinan jelas terpancar di wajah.

    Barulah aku tahu rupa-rupanya mereka berdepan dengan banjir setiap tahun dan apabila banjir kering baru mereka mampu bercucuk tanam. Dari Siem Reap ke Phnom Penh, mataku hanya sempat menangkap satu gunung sahaja, buminya landai dan tidak punya banyak kawasan tinggi. Setiap kali banjir besar melanda, ternakan banyak mati dan hasil pertanian tenggelam di bawah air. Angka kematian turut meningkat bagi mereka yang tidak reti berenang, tidak mempunyai sampan atau tidak sempat ke rumah jiran yang dibina tinggi.
Rumah dibina tinggi.

   Pada Hari Raya Korban, dalam 19 ekor lembu ditumbangkan. Aku merasa kesian tetapi pada sama kelakar kerana pada petang itu tiada seketul tulang, kulit atau kaki lembu pun tersisa ditinggalkan. Terkejut aku begitu bersih sehingga yang ditanam hanya tengkorak kepala lembu yang pipi dan kulit nya juga sudah dikikis habis. Begitulah tahap kemiskinan penduduk di situ. Paling terkejut bila aku mendapat tahu bahawa mereka hanya berpeluang makan daging setahun sekali dengan bantuan yang dibawa oleh SRM UTP.

Setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Aku akan ceritakan lebih lanjut di masa akan datang.
Tadaaammm! Buat penutup. 
 








       

       

Wednesday, February 12, 2014

Marijuana / Ganja : Sejarah Pengharaman Dadah Di Malaysia dan Bagaimana Ganja Dikategorikan sebagai Dadah Berbahaya.

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan sehelai daun ini yang dikategorikan sebagai dadah berbahaya dan tercari-cari kajian saintifik tentang bagaimana daun ini boleh membahayakan nyawa manusia, sedangkan ia hanya bahan semula jadi yang memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Dan kesan daun yang diwar-warkan ini masih di "atas angin" tanpa kajian yang benar-benar membuktikan kemudaratannya semakin membosankan saya.

Dunia semakin maju dan negara-negara luar mula mengkaji kembali pengharaman ganja dan semakin kelihatan kemanfaatannya dalam menyembuhkan pesakit-pesakit kanser. Malangnya, Malaysia terlalu sibuk dengan isu-isu perpaduan tetapi masih rasis, masalah keagamaan merebut nama Tuhan tetapi pengikutnya kononnya pasti masuk syurga masih enggan mengikut cakap Tuhan sendiri, pembaziran duit rakyat sebab hidup tak cukup-cukup kaya dan pelbagai lagi isu-isu sensitif atau enggan diselesaikan. Kerajaan perlu membuka mata dan membenarkan pelbagai pengkajian semula undang-undang di Malaysia yang asyik-asyik sahaja diadapatasi dari luar tanpa memahami falsafah dan tujuan di sebalik undang-undang mereka.

Kembali kepada topik asal, pelbagai khabar angin yang membosankan bagaimana ganja berbahaya tetapi kita tidak pernah dengan kematian kerana terlebih dos (Overdose) seperti kes melibatkan terlebih dos kokain. Ganja? Ada? Misteri.

Setakat ini saya pernah terdengar khabar terdapat seorang pengguna yg mati di bumi Britain, walau bagaimana pun terdapat artikel yang kembali menjawab bahawa tuduhan itu tidak tepat dan punca kematian itu ditulis sewenang-wenangnya oleh bukan pakar kerana dia perlu menyiapkan laporan kematian. Punca kematian adalah cardiac arrest dan perlu disiasat dengan lebih lanjut kerana perempuan terbabit sudah lama menggunakan marijuana dan mengapa tiba-tiba dia mati walaupun hanya separuh balot sahaja digunakanya. Jika ia benar-benar bahaya, bukankah sepatutnya dia mati kerana menghisap begitu banyak marijuana atau pada pertama kali dia mencubanya? Separuh daripada balot? Perlu disiasat lebih lanjut kerana ramai pengguna masih hidup sehingga Uruguay telah melakukan legalisasi ganja dan begitu juga Colorado, Amerika.

Oleh itu saya mula cuba merungkai misteri Ganja bermula dengan sejarah pengharaman dadah di Malaysia dan bagaimana ganja/kannabis/marijuana dimasukkan dikategorikan sebagai dadah berbahaya.

Dalam menghasilkan catatan ini, saya merujuk kepada beberapa sumber yang saya yakin tentang kesahihan informasinya iaitu

1.    "THE HISTORY AND DEVELOPMENT OF THE LEADING INTERNATIONAL DRUG CONTROL CONVENTIONS," disediakan untuk Senate Special Committee On Illegal Drugs oleh Jay Sinha, Law and Government Division, pada 21 February 2001

http://www.parl.gc.ca/content/sen/committee/371/ille/library/history-e.htm

2. "Dr. Sanjay Gupta: Why I Changed My Mind on Weed."
http://edition.cnn.com/2013/08/08/health/gupta-changed-mind-marijuana/index.html

3. The Misuse of Drugs in Malaysia : Past and Present oleh Associate Professor Dr Abdul Rani Bin Kamarudin is Associate Professor from Ahmad Ibrahim.
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2007/1-1.pdf

4. Laurel Dewey: The Marijuana Myth
 http://www.huffingtonpost.com/laurel-dewey/marijuana-is-not-addictive_b_1739339.html

Dan terdapat pelbagai lagi sumber lain seperti saya sangat semangat mengkaji Opium War sehingga membeli sebuah buku di Big Bad Wolf tapi tak baca lagi. Saya akan cuba catat segala proses pencarian saya untuk perkongsian dengan sesiapa yang sudi membaca blog ini.





Kedatangan Dadah ke Malaysia

Merujuk kepada artikel Associate Professor Dr Abdul Rani bin Kamaruddin, kedatangan dadah ke Malaysia di abad ke-19 dengan kedatangan orang Inggeris ke Timur yang membawa candu sebagai komiditi perdagangan. Mereka memaksa orang tempatan menerima candu dalam urusan pertukaran barang bagi mendapatkan barangan seperti rempah ratus dan barangan lain yang akan digunakan untuk pertukaran bagi membeli teh dari Cina.

Kemudian Inggeris bertapak pula di Kepulauan Melayu untuk lebih memudahkan mereka mengumpul kekayaan bumi kepulauan Melayu bagi meneruskan perdagangan mereka dengan negara Cina.

To find goods to sell to the Chinese (China) in exchange - pepper and tin in particular – the British moved into South East Asia. Singapore served as a depot for British goods, principally textiles, metals, Indian opium, and piece-goods for distribution in the Malay Peninsula, Borneo and Sulu; pepper, gold, and tin from Pahang and Trengganu; tin from Perak and Selangor; and spices, dragon’s blood,sago, betel, coffee, and camphor from Sumatra.

Pada abad tersebut, Inggeris mula mengamalkan sistem ekonomi komersil, di mana berlakunya penghasilan secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. 
Maka Penjajahan Inggeris ke Tanah Melayu pada asasnya bertujuan untuk memenuhi keperluan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi industri mereka dan mencari peluang baru bagi pelaburan barat.

Imigran dari Cina dan India dibawa masuk bagi melancarkan industri pengeluaran bijih timah dan perladangan. Negera Cina ketika menghadapi masalah penyalahgunaan candu yang berleluasa. Maka kedatangan imigran Cina telah memperkenalkan budaya menghisap candu ke Tanah Melayu. Mereka yang datang ke tempat baru tidak mempunyai sebarang hiburan atau keselesaan untuk mengisi masa lapang dan tiada juga ahli keluarga yang bersama-sama mereka. Maka salah satu cara mereka menghabiskan masa ialah dengan menghisap candu. terdapat juga di antara mereka menghisap candu bagi bertujuan perubatan:

Some smoked it as a medicine, to cure aches and pains and ward off diseases (opium was
believed to have a beneficial effect on tuberculosis of the lungs, diarrhoea, and malaria). 
At that time, it was not considered harmful and there was no restriction or taboos as to its usage. It has been recorded that opium consumption among some of the Chinese in Singapore and the Straits Settlements was evident since 1867.


Penggunaan morfin ketika itu sudah pun tersebar luas. Tetapi pembekalannya adalah haram maka sebarang import dan eskport dadah yang merosakkan seperti morfin dan kokain memerlukan kebenaran bertulis daripada 'State Surgeon' atau dalam ketiadaan beliau kebenaran dari Government Medical Officer. Bagaimana penyebaran penggunaan dadah morfin berlaku tidak dapat dikenal pasti kerana kerajaan ketika itu tidak melakukan sebarang kawalan ke atas morfin seperti kawalan ke atas penggunaan candu. Kemudian terdapat tanda-tanda penggunaan ganja oleh imigran India terutama yang bekerja sebagai pekerja dok.
Dan pengunaan dadah oleh warga tempatan ketika itu adalah jarang sekali pada mulanya.


Kemudian pada awal tahun 1910, kerajaan Inggeris mengambil alih urusan import, jualan dan pengedaran candu dengan memberi lesen kepada peruncit untuk menjual candu dan memberi pemilik lombong dan lain-lain majikan mengimport candu untuk diberikan kepada pekerja masing-masing.

Geneva Convention on Drugs diadakan pada 19 haribulan February tahun 1925  mendorong Inggeris untuk meletakkan sekatan kepada penjualan dan penggunaan candu. Maka wujud penghisap candu berdaftar. Dan pada tahun 1929 terdapat 52, 313 pengguna candu berdaftar di Persekutuan Tanah Melayu. Sekatan seterusnya dikenakan pada 1934 sebagai kesan menandatangani perjanjian di Bangkok berkaitan pergunaan candu dan hanya mereka yang mendapat saranan doktor sahaja boleh menggunakannya.

Selepas Perang Dunia Ke-2, kuasa Inggeris mula melarang sebarang penggunaan candu yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Bagi terus menyekat sebarang pemilikan, penggunaan, pembuatan, penjualan dan import sebarang dadah berbahaya, High Comissioner telah mengisytiharkan Ordinan Dadah Berbahaya Tahun 1952 dengan kebenaran 'Rulers in Council of the Federation of Malaya.'

Walaubagaimanapun, penyalahgunaan candu masih berterusan di kalangan lelaki yang berumur lewat 50an terutama di kalangan lelaki berbangsa Cina. Kemudian berlaku pula kemunculan budaya hippy berikutan dari perang Vietnam ketika lewat 1960an dan awal 1970an yang memberi kesan kepada perubahan paten penggunaan dadah di Malaysia.

" The combination of the “hippy culture” and the
consequences of the Vietnam War in the late 1960s and early 1970 saw a
change in the pattern of drug usage in Malaysia. The drug taking habits
of the American soldiers who were in Malaysia for ‘rest and recreation’
influenced Malaysian youths." 

Kemudian apabila para tentera Amerika berundur daripada Vietnam, sindiket dadah mula mengembangkan pemasaran mereka dengan cara yang berbeza pula. Walaupun Malaysia bukan negara pengeluar tetapi negara kita sebagai negara transit.
" The American withdrawal from Vietnam made
the drug syndicates realise that there would be a reduction in the demand
for drugs. The syndicates, therefore, began to expand their network of
drug trafficking activities to the South East Asian countries. Malaysia
unwittingly was used as a transit for the `exportation’ of drugs for new
markets in Asian and Western countries
. Even though, Malaysia is not a
drug `producing country’, it is nevertheless beset by the drug menace.
The notorious `Golden Triangle’ area that comprised the common borders
of Burma, Thailand and Laos is a drug-cultivation region."

Sesudah fahamnya kedatangan pelbagai dadah ke Malaysia, saya mula cuba memahami tentang pengharamannya pula termasuk ganja. Seperti yang sudah disebut sebelum ini, negara kita dibawah pimpinan Inggeris telah menyertai Geneva Drug Convetion 1925 dan Ordinan Dadah Berbahaya tahun 1952diisytiharkan di Malaysia hasil dari konvesyen dadah yang diadakan lagi selepas tahun 1925 pada  sekali gus mengharamkan penyalahgunaan dadah. Terdapat tiga konvesyen lagi di peringkat antarabangsa yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah penggunaan dadah ini. (sila rujuk pautan Parliment of Canada tentang sejarah pengharaman dadah peringkat antarabangsa)


Persoalan timbul tentang bagaimana marijuana sejenis tumbuhan asli (daun ketum pun mengkhayalkan juga, bila nak diharamkan ni? HAHAHAHA) diharamkan oleh negara kita. Bagaimana undang-undang ini terjadi? Adakah negara kita menggariskan undang-undang itu sendiri atau mengambil daripada negara lain? Adakah dalam menggariskan undang-undang ini, kajian yang teliti dan padu sudah dijalankan?

Kerana persoalan ini timbul dalam kotak pemikiran saya, saya terjumpa "THE HISTORY AND DEVELOPMENT OF THE LEADING INTERNATIONAL DRUG CONTROL CONVENTIONS" dari laman web Parliament of Canada. Dari laman ini, saya mendapati pengharaman dadah di seluruh dunia bermula dengan desakan United States of America.


"Beginning in an era of morally tainted racism and colonial trade wars, prohibition-based drug control grew to international proportions at the insistence of the United States. America and the colonial powers were confronted with the effects of drug addiction and abuse at home, but rather than address both demand – the socio-medical nature of such problems – and supply, they focused uniquely on the latter and attempted to stem the flow of drugs into their territories." 

Pada pendapat saya, pengharaman ini wajar kerana hakikinya terdapat dadah apabila disalahgunakan untuk kegunaan rekreasi akan mengakibatkan kesan buruk ke atas tubuh badan manusia, menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya dan menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun, adakah marijuana itu sebahagian daripada dadah? Adakah marijuana meninggalkan kesan buruk pada tubuh bada manusia dan sehingga menyebabkan kematian? Bagaimana marijuana mula dikategorikan sebagai dadah berbahaya?

Saya menjumpai lagi blogger Malaysia senior atau veteran yang turut mengkaji perihala Marijuana. Dia akui kebaikan Marijuana dan dia turut membaca artikel dan hasil kajian Doktor Sanjay Gupta di CNN. (High Five, Uncle! I love your article). Ini pautan ke artikel beliau yang bertajuk

MARIJUANA - THE GROWING MOVEMENT TO LEGALIZE IT AS A MEDICINE



Kembali kepada bagaimana Marijuana diharam, saya mencari siapa pencetus kepada pengharamannya. Berikut ialah maklumat daripada laman sesawang Parliament of Canada, di mana telah dinyatakan antara tema yang penting dalam pengawalan dadah di peringkat antara bangsa ialah Amerika. Malahan asas polisi pengharaman dadah di konvensyen ini dipengaruhi dan diambil dari polisi Amerika.

The nature of the Conventions flows directly from the historical context that led to them. It is helpful to be aware of some significant themes that intersperse and punctuate the history of international drug control, and the development and implementation of the three Conventions
  • Prohibition: The international drug control regime is based on a philosophy of prohibition – as opposed to regulation – of drug production and use for non-medical or non-scientific, i.e., illicit, purposes. The focus of the legal framework has been to attempt to control the supply of drugs at the source and to impose criminal penal sanctions on illicit drug producers, traffickers, dealers and users. Only later in the 20th century have demand-side and etiological issues such as domestic social problems, public health concerns, and user harm reduction options begun to be considered. The current control infrastructure continues to be prohibition-based.
  • Outside Interests: The development of the international drug control system has been significantly influenced and shaped by numerous elements not directly related to drug control, including: racism, fear, economic interests, domestic and international politics, global trade, domestic protectionism, war, arms control initiatives, the Cold War, development aid, and various corporate agendas.
  • United States: Since the start of international drug control efforts at the turn of the 20th century, the U.S. has been the key player in most multilateral negotiations. The prohibition basis derives largely from U.S. policy – the various forms, past and present, of the U.S. "war on drugs" – and the particular individuals who have represented the U.S. in international negotiations.
  • Powerful Personalities: Certain individuals stand out in the history of international drug control. While in positions of power at opportune moments, their beliefs, morals, ambitions and single-minded determination enabled them to exert exceptional influence over the shape of the international drug control regime.


Menarik sekali bagaimana daripada konvensyen ini, Malaysia telah bersetuju dan menandatangani perjanjian untuk melaksanakan undang-undang ini dan sehingga 2014, membuatkan saya tertanya-tanya, pernahkan Malaysia berfikir untuk mengkaji semula segala undang-undang yang mereka adaptasi dari pada negara luar seperti Amerika dan Britain?

Undang-Undang Kanun keseksaan (Penal Code) iaitu undang-undang jenayah di Malaysia yang diambil dari India, manakala India mengambilnya dari Britain. Dan setahu saya pada tahun 2009-2010, Britain sendiri sudah menggunakan undang-undang jenayah yang baru iaitu Justice and Coroners Act 2009. Mereka mengkaji semula undang-undang yang sudah begitu lapuk agar ia selari dengan perkembangan dunia, ilmu dan masyarakat.


Berikut diambil dari artikel Doktor Sanjay Gupta yang sudah saya nyatakan sebelum ini:

On August 14, 1970, the Assistant Secretary of Health, Dr. Roger O. Egeberg wrote a letter recommending the plant, marijuana, be classified as a schedule 1 substance, and it has remained that way for nearly 45 years. My research started with a careful reading of that decades old letter. What I found was unsettling. Egeberg had carefully chosen his words:
"Since there is still a considerable void in our knowledge of the plant and effects of the active drug contained in it, our recommendation is that marijuana be retained within schedule 1 at least until the completion of certain studies now underway to resolve the issue."
Not because of sound science, but because of its absence, marijuana was classified as a schedule 1 substance. Again, the year was 1970. Egeberg mentions studies that are underway, but many were never completed. As my investigation continued, however, I realized Egeberg did in fact have important research already available to him, some of it from more than 25 years earlier.

Begitulah bagaimana Marijuana diharam. Dengan sekeping surat yang ditulis oleh Doktor Roger O. Egeberg. Anda boleh meng"Google" untuk memahami apakah itu "schedule 1 substance"  dan membaca artikel Doktor Sanjay Gupta yang pelbagai tentang ganja. Dia sendiri sudah pun meminta maaf kerana selama ini beriya-iya benar melawan tumbuhan ini walaupun tumbuhan ini memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Apabila Amerika menyenaraikan Ganja sebagai dadah berbahaya tanpa kajian mendalam, polisi ini telah diambil ketika konvensyen pengharaman dadah diadakan. Hasilnya, dunia mengharamkan ganja tanpa usul periksa yang mendalam. (nota: Apabila sesebuah negara menandatangani sesuatu perjanjian di peringkat antarabangsa seperti di Geneva Convention Drug, negara tersebut bersetuju untuk mengadaptasi polisi yang disarankan oleh Konvesyen itu. Seperti Malaysia bersetuju dengan United Nation Declaration of Human Right, maka wujudnya SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)



Oh, tapi Amerika sudah melakukan legalisasi ganja dibeberapa negerinya selain untuk kegunaan perubatan! Uruguay lebih awal dan kerajaan menjadi pembekal ganja dengan harga yang mura sekaligus melawan dadah-dadah lain seperti  kokain dan heroin. Ramai juga yang ke Amsterdam melayan perasaan di payung asap ganja. Pesakit-pesakit kanser mula mengambilnya dan 'survive' kanser. Perempuan yang datang bulan dan sakit senggugut berjaya ditenangkan.

Apa cerita ni? Kata tak baik untuk kesihatan? Mengkhayalkan? Arak lebih mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan. Kenapa sampai sekarang Malaysia tak haram kan?

Pelbagai lagi perkara yang akan saya kupas tentang ganja. Saya akan cuba mengkaji lagi dan berkongsi kepada yang sudi membacanya. Sebarang konklusi yang saya bawa ialah atas sekadar daripada segala bacaan saya. jika salah atau tak cukup, boleh tinggal komen atau menambah maklumat. terima kasih




"Rakyat Malaysia perlu rajin menulis dalam bahasa Melayu atau Malaysia segala maklumat dan kajian. Cukuplah dengan penyebaran penulisan yang tidak berilmiah. Tiba masa untuk kita bangun dengan ilmu dan iman!"



Wassalam