Saturday, January 25, 2014

Ke Singapura pada September 2013 yang lalu

Assalamualaikum..

Jam 10.19 pagi bertarikh 25 haribulan Januari 2014 dan akhirnya aku berjaya menggesa diri aku untuk menulis di blog berhabuk ini. Semakin hari semakin malas dan kehilangan kata-kata setiap kali tangan di atas papan kekunci, sehingga buku catatan aku pun semakin kerap aku tinggalkan di rumah.
Adakah hidup ini semakin hilang maknanya? Atau aku mula terlalu banyak berfikir sehingga tidak tercatat oleh jari-jemari aku?
Mungkin itu bukan diri aku untuk menulis dan bercerita di sesawang internet, tetapi aku perlu cuba.
Writting in words will stain better than a mere sound that passes the ears.

Blog ini telah aku wujudkan kononnya untuk memberi inspirasi kepada pembaca diluar sana (jika ada yang membaca) untuk menghayati kehidupan lebih berani dan menggalakkan kalian berusaha lebih dalam mewarnai kehidupan  anda agar menjadi lebih bermakna.

Hidup bukan sekadar selepas ke kelas pergi ke pusat membeli belah, menonton wayang(oh, aku pun suka menonton pelbagai filem), menghabiskan wang ringgit tanpa meraih pengalaman bermakna dan melayari medium sosial semata.
Jika sekadar itu hidup anda, bukanlah bermaksud hidup anda kurang bernilai dari hidup orang lain, tetapi bukankah lebih indah dan menarik dengan pengembaraan? Pengembaraan yang bagaimana? Tidak perlu kewujudan Doraemon untuk menjadikan hidup anda begitu unik dan penuh dengan benda baru. Tidak perlukan pistol seperti dalam filem dan dikejar orang jahat untuk merasa adrenalin merembes melajukan degup jantung.

Apa yang anda perlu dalam melakar hidup yang lebih bermakna ialah pengembaraan! Pelbagai jenis pengembaraan dalam hidup ini dan bagi aku perjalanan berjalan kaki sejauh 1 kilometer pun adalah suatu pengembaraan. Nak adrenalin laju mengepam ke darah anda? Nampak anjing dan lari, pasti anjing itu akan lari mengejar anda! Rasakan adrenalin naik ke kepala dan kelajuan kaki bertambah secara tiba-tiba, lupa segala kepenatan demi menyelamatkan diri!



Singapura Oh Singapura!
Aku ke sana atas jemputan Kak Sha, pengasas Little Big Mind, kepada Sisters TFTN.
Pertama aku mahu ucapkan terima kasih kepada Abah kerana memberi.....sumbangan kewangan kepada anaknya.. hehe

Dari KL Sentral ke Singapura menaiki kereta api dengan tiket berharga RM34 kelas ekonomi kot? Sudah terlupa memandangkan perjalanan ini diuruskan oleh Kak Zati. Hehe.
I never do any travel itinerary before because i just... i dont know.. i love to just wander around, go where ever i wanna go by refering to any map i could grab at any stations or make a short list place i want to see and just go.
So basically this trip was carefully plan since we had Kak Sha expecting us and we went in a large group, so it better be plan out.
Kereta api kelas ekonomi sangat sejuk dan aku menyarung sehelai lagi baju (malas nak bawa sweater).
Bertolak tengah malam dan tiba jam 6 pagi.

Saya dan Izzy

Berjauhan diiringi dengan cinta. Gelang buat ingatan.


Berkain batik yang ku jahit tangan menjadi skirt.
Dan aku mengalami sedikit masalah di pegawai kastam, agak
lama dokumen aku diproses. The officer must be assuming i was stoned or something. No, i was not! I just woke up from sleep for goodness sake. HAHAHAHA!
She looked at my face so many time from behind her desk, also at my bag, my batik skirt. Sangat meragui kah aku? Some hippie muslimah? :O

Tapi lepas lah.. Yeay!












Here is a picture of us. Kami sedang cuba memahami sistem MRT yang berteknologi tinggi dan efisen ini. Aku kagum dengan sistem MRT di Singapura. Jika MRT dan pengakutan awam yang efisen ini diadaptasi di Malaysia, aku suka untuk langsung tidak menggunakan kereta kancilrari ku!


Berjalan kaki menuju ke Istana Kampung Glam

Sebuah kafe yang comel.


Maafkan saya dengan gambar yang kurang menarik kerana untuk pengembaraan kali ini, telefon asyik kehabisan bateri dan aku langsung tak bawa kamera. Aku banyak habis membaca buku Princess by Jean Sasson. Ya Tuhan! This is such an amazing book tapi sebelum sempat aku habis membacanya, aku tertinggal buku ini di atas bas ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia! Sedih gila! Sekarang aku sedang memburu naskah yang baru! Bacalah buku ini kalau kalian nak tahu hakiki kehidupan perempuan di bumi Arab Saudi. Asyik sarung jubah hitam tapi kalian tak faham dari mana asal usul, mengapa, budaya dan realiti masyarakat di Arab Saudi. Bukan semua orang Arab ialah muslim berjaya.




Gambar rak buku di bawah ialah rak buku di asrama backpacker yang ditempah Kak Zati! OMG i love GUSTI Bed & Breakfast Singapore.
Alamat
30A, B, C, Penhas Road, Lavender/ Kallang,
Singapore.





I fell asleep on that red couch so many time and enjoyed so much time on it! plus i love red colour and probably im a bit too much exaggerating but i do love this couch!

Kami juga ke kawasana Istan Kampung Glam. I like it there! Memandangkan saya terlalu berjimat saya mempunyai baki 50 USD pada hari terakhir. Maka saya telah membeli 2 buah buku dari Wardah Books di Bussorah Street! It is worth it!
Kalau ada duit lebih lagi, mungkin akan borong lagi. 







Hari terakhir kami di Singapura, kami bersantap di sebuah restoran yang saya sudah lupa namanya bersebelahan dengan masjid kg glam. Saya puas hati dengan nasi berayani berharga 5USD, ayamnya MashaAllah empuk! Kalau kita menukar kepada RM pasti kedengaran mahal untuk sepinggan nasi berharga RM15. tapi kalau saya orang tempatan, 5USD ialah murah tu sekali untuk nasi yang begitu enak seperti itu! 

Saya kegembiraan sebaik sahaja pulang dari Singapura bersama teman-teman. Terima kasih Kak Sha atas jemputan. Dan sekeping kertas memegang nilai dollar aku belajar perkara lain pula apabila aku ke Kemboja pada bulan Oktober 2013 pula. HAHAHA!
Berderet trip jemputan orang :)
Wassalam