Saturday, April 27, 2013

Volunteerism: Al-Khairiyah: Jan-Mac

Assalamulaikum.

Setelah sekian lama aku tidak menceritakan kisah anak-anak Khairiyah, Klang. 
Kini sudah sampai di penghujung bulan April dan aku pula semakin berdebar kerana peperiksaan akhir tahun semakin tiba, lagi 5 bulan! Walaupun kami melihat perubahan dari segi sikap mereka namun sukar untuk ditangkap dalam bentuk hitam putih

Oleh itu kami telah mula fokus akademik dengan lebih serius. Pada yang membaca post ini, pasti terkejut, baru nak mulakah? Selama ini bagaimana?

Selama ini kami hanya datang pada hari Sabtu sahaja untuk aktiviti rasmi seperti Penilaian Individu Anak-Anak, Demo Solat, English: Nouns dan pelbagai aktiviti yang ringan. Tujuan aktiviti ini untuk menyediakan anak-anak untuk menerima kami atau ice breaking. Kami berhasrat untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan agar anak-anak tidak rasa terpaksa.Dari aktiviti ini juga, kami cuba mengenali anak-anak ini dan memberi contoh yang baik kepada mereka. 

Selalu saya terima laporan dari orang luar bahawa anak-anak ini nakal, tidak duduk diam dan tiada adab. Tahukah anda bahawa mereka tidak punya role model yang baik? Mereka memerhatikan keadaan sekeliling yang juga terdiri daripada kawan-kawan mereka yang juga berfikiran seperti mereka. Siapa yang mereka boleh contohi?
Mereka membentuk diri melalui pemerhatian dari keadaan sekeliling. Salah merekakah? atau salah kita? Mereka berfikir terhad berdasarkan pemerhatian semata dan mempunyai limitasi sumber memandangkan mereka masih anak-anak. Mereka membesar di dalam masyakat yang tidak ambil peduli, mengamalkan habit yang kurang baik dan menjauhkan diri kita pada mereka. Adakah wajar kita persalahkan mereka sedangkan kita yang mencemari persekitaran mereka? Tiada siapa yang memberitahu mereka salah atau betul, tiada siapa ajar mereka berfikir. Sedar-sedar mereka sedang dimarahi. Sedangkan mereka diabai, bila tersalah mereka dimarahi, dihina, dan diperlekehkan! 


Selain dari aktiviti rasmi, kami turut datang pada hari Rabu dan Selasa atau mengikut kelapangan volunteer. Pada hari-hari biasa ini, kami akan menemani dan membimbing mereka untuk menyiapkan kerja sekolah. Memandang pada waktu ini adalah waktu lapang mereka, pelbagai telatah dan ragam yang sebenar-benar diri mereka dapat dilihat dan mereka tidak dapat diawasi dengan baik oleh Pengetua kerana terlalu ramai. Kami berasa sangat kesian kepada Pengetua yang bekerja keras dalam usaha mengawal mereka yang ramai. Dengan kehadiran kami yang kerap, kami mengurangkan beban dengan membantu mengawasi adik-adik. Kami luangkan masa dari jam 9.15 hingga 10.45 malam sehingga adik-adik tidur.

Alhamdulillah, dengan perpustakaan yang dibuka dan para sukarelawan yang penyabar dan penyayang, mereka semakin baik. Suara riuh mereka masih kedengaran tapi kali ini dengan riang tawa dan bukan jerit menjerit. Mereka lebih kerap tersenyum dan kurang ejek mengejek sesama sendiri.

Sedangkan kita sesama adik-beradik sendiri pun ejek mengejek, tarik-menarik rambut dan pelbagai lagi. Apalah salahnya mereka juga begitu? Sedangkan ibu bapa kita juga pening kepala, apa salahnya mereka memeningkan kepala masyarakat di usia kecil muda ini...
Pada pendapat saya, saya lebih rela pening melayan karenah dan ragam mereka daripada terpaksa kecewa, marah dan sedih kerana masalah sosial yang lebih besar seperti kemiskinan, jenayah dan sebagainya. Pilih! Mahu mengadap anak-anak ini sekarang atau ketika mereka di dalam jurang permasalahan yang lebih BESAR?!!!!

Mereka bukanlah anak-anak yang nakal, mereka adalah anak-anak yang baik dan tidak mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Tiada siapa menceritakan kepada mereka logik berbuat baik, logik kenapa perlu bercakap dengan sopan,logik  kenapa mereka tidak boleh bergaduh dan mengapa mereka perlu belajar. Logik di segala perbuatan baik dan kenapa perlu menjauhi perkara yang kurang baik. Mereka tahu bahawa mereka silap apabila mereka dimarahi. Jika hari-hari kena marah, seronok ke?

Saya sangat gembira melihat mereka yang semakin sopan. Saya ketawa besar apabila mendengar permintaan mereka untuk saya bukakan perpustakaan. Saya tersenyum lebar melihat gadis remaja membaca naskah buku Harry Potter dan adik-adik lain yang membimbit buku-buku cerita. Ketika awal saya berjumpa dengan mereka, membaca bukanlah amalan. Dan suapan minda remaja disitu ialah hanya novel-novel cinta yang menjatuhkan martabat seorang perempuan.
Kini saya gembira melihat novel perjuangan di pegang erat oleh mereka! Saya bangga!

Saya terharu apabila mereka berlari ke arah saya apabila saya datang! saya hambir menangis apabila mereka memeluk saya! Saya serba salah apabila mereka meluahkan rasa rindu! 

Perlahan-lahan kami mengorak langkah, dan dalam senyap kami terapkan amalan membaca dan menjentik minda mereka agar berfikir. Seronok apabila mengetahui isi dalam pemikiran mereka! :D

Setakat ini sahaja terlebih dahulu catatan saya pada kali ini. Sesungguhnya cinta itu sangat indah, dan saya mahu adik-adik ini mengenal Cinta pada Allah dan Rasulullah, dan Cinta kepada Ilmu! tak sabar saya melihat kesan kecintaan ini!

Bersambung pada masa akan datang......

No comments:

Post a Comment

Popular Posts