Wednesday, April 24, 2013

Memecah Stigma Gadis Tudung Labuh #1



Assalamualaikum.

Gempak tak tajuk dia? Mohon pembaca menonton video di atas.


Aku! Layakkah aku untuk bersuara? layakkah aku untuk menegur? Jika tunggu layaknya itu, tiada siapa bisa menegur kerana menunggu kesempurnaan diri yang tidak mungkin tercapai, sesungguhnya kesempurnaan itu milik Allah

Memecah Stigma Gadis Tudung Labuh!
Siri 1

Di Konvensyen TFTN kali pertama 2012
terdapat suatu stigma gadis bertundung labuh ini lemah lembut, duduk di masjid, duduk di rumah, lepas belajar kahwin, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.. itu dosa dan ini dosa.
Tidak boleh bercakap dihadapan lelaki
aku tak tahu apa lagi label yang diterima ke atas kami yang bertudung labuh ini.
tetapi yang pastinya kami hamba Allah, kami juga pendosa.
Kami tidak sempurna.

Stigma ini dilabel orang luar dan turut diwujudkan oleh golongan bertudung labuh ini sendiri.
Bukan salah orang luar sahaja, tetapi saya akui salah orang yang bertudung labuh juga.
Suatu dinding tercipta membuat kami jauh dari masyarakat sekaligus pelbagai persepsi tanpa sedar tercipta akibat pengasingan ini..
Kami digelar ektremis sedangkan, melainkan tudung yang labuh, kami tidak pun setiap hari melakukan solat dhuha atau berjaga malam bertahajjud.


tetapi daripada video diatas, apa yang ingin aku tekankan disini, Islam tidak melarang perempuan bekerja atau melakukan apa-apa selagi ia tidak
bertentang dengan ajaran Islam.
Backpacking: Kundasang, Sabah
sekalipun mengembala kambing!




Aku Islam
Aku cinta Allah dan Rasulnya
Aku anak ayah dan ibu ku
Aku si pemakai tudung labuh

Aku berjubah tapi aku juga berseluar
Aku seorang backpacker cukup gila
Aku volunteer bukan di bawah badan Islamik
Aku gadis yang suka memanjat
Aku gadis yang suka berlari
dengan anak-anak TFTN tersayang
Aku boyish
Aku gadis yang banyak bercakap
Aku gadis yang lantang bersuara
Aku bukan seorang yang berani tetapi aku ada courage


Aku bergaul dengan semua orang: 
Backpacking: Tip of Borneo
perempuan lelaki tua muda islam bukan islam tinggi pangkatnya rendah pangkatnya hipster lain mazhab lain asal negerinya 
gelap atau cerah cantik atau hodoh gemuk atau kurus tinggi atau pendek kaya atau miskin pandai atau bodoh
Tetapi aku ada malu sehingga malu itu buat aku berlari dari orang ramai atau enggan bertembung anak mata dengan sesiapa pun
Namun aku juga ingin tahu sehingga suara aku terkeluar kuat dari anak tekak aku.
Aku mahu belajar
Aku mencari kebenaran
Aku suka membaca
Aku SUKA BERFIKIR!


General Rule : Aku Boleh Lakukan Apa Sahaja Yang Aku Suka!

Cuma! Cuma! setiap General Rule, there is exception bound to the rule. My exception is i do what i like to do, whatever i want to do as long as it does not infringe my religion. I do what i want to do but the Principle of Islam has to stay!

Exception: Any act that will infringe the Principle of Islam i would not do. 

Example 1:  i can swim but i have to swim when there's no man around

Example 2:

Berfikir. Salah ke berfikir? tak pernah pula aku dengar Al-Quran melarang hambanya berfikir.
Tuntut ilmu ialah tuntutan Islam. Tiada pula Islam mengehadkan sebarang ilmu untuk dipelajari.

Tetapi yang aku tahu, jika aku belajar dan mengetahui sesuatu perkara terlarang, cukuplah sekadar aku belajar dan mengetahuinya. Agar aku tahu kenapa perkara itu terlarang.

Bagi aku, ilmu perlu dituntut untuk mengetahui kebenarannya. Kita tidak boleh percaya pada sesuatu tanpa sebab tanpa berfikir. Ia dipanggil BLIND FAITH.

BELIEF atau Kepercayaan bukanlah hanya blind faith semata-mata. mesti bersebab, utuh kepercayaan dengan sebab-sebab logik yang diberi. perlu guna akal fikiran, perlu berfikir, perlu mengkaji. perlunya menuntut ilmu

Kerana Islam suruh kita mencari kebenaran, menuntut ilmu.. maka berfikir tidak salah.

Contoh ini kedengaran sangat biasa dan tiada permasalahan langsungkan?
"Eh, tiada siapa larang kamu berfikir."

Jika tidak pernah siapa larang, aku tidak akan bangkitkan isu ini.
Aku pernah disuruh terima bulat-bulat suatu perkara dan sama sekali tidak dibenarkan berfikir dan tidak boleh mempersoalkan perkara itu.
Seperti mengapa perlu memakai tudung.
hikmah memakai diceritakan berdasarkan buku teks sekolah yang disediakan kerajaan.
kemudian peperiksaan dijawab.

Kalau ditanya, akan dibalas, "Ini tuntutan al-Quran!"
Itu sahaja balasnya.
Syukur Allah kurnia akal kepada aku. aku berfikir! berfikir! berfikir!
ternyata, hikmahnya lagi besar daripada hanya semata tuntutan al-Quran.
aku percaya atas tuntutan itu dengan sebab yang jelas lagi nyata.
InshaAllah aku boleh menjawab jika ditanya oleh orang bukan Islam.
aku tidak akan hanya menjawab "Ini tuntutan al-Quran."
aku akan menjawab dengan hujah yang logik yang membuat mereka cinta pada Islam!


Aku akan memecahkan stigma ke atas Gadis Tudung Labuh! Percayalah, kami manusia biasa. Maafkan kami yang membina dinding sehingga asing bagi masyarakat melihat kami.

Semoga Allah mengizinkan aku!
Housemates yang selalu meneman dan menyokong #lessthanthree

(Ingat nak letak gambar aku sedang ber 'Wall Climbing', tapi.... hahahahah)


                              
                           



(teringat aku seorang gadis cilik berjubah hitam bermain bola lisut di Sport Zone One Utama... Hebat betul pukulan dia! aku kagum dengan kehebatan gadis itu!)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts