Wednesday, April 24, 2013

I am a Hijabi Backpacker: Borneo is Awesome!

my trip is sponsored
hahahaha!

Because 23rd of April is My Birthday
the ticket was bought by my father, the expenses is my my money
however i brought the people.. LOL so it's been easy for me

so here some photos

Aku diberitahu untuk menambah perkataan lagi kepada artikel ini. Sungguhnya aku sangat malas sehingga terpejam mata ini ketika menekan papan kekunci ini.

Tapi adalah sangat membazir jika tersimpan saja perjalanan dan explorasi ini. Perjalanan aku bermula dengan kegilaan aku pada pagi 20hb April 2013 ke Klang kerana janji melihat sahabatku, Najihah Roslan menguruskan kelas bahasa Inggeris untuk anak-anak Khairiyah.

Borneo Beach House receptionist, housekeeper etc
Tegar aku dengan Kancilrari pada jam 8.15 pagi keluar dari kawasan Pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 Shah Alam. Tetapi betapa laparnya aku, aku berhenti dahulu di kedai Mamak mengena secawan Milo dan sekeping roti Canai. Terbaik!

Kemudian aku berkerja ke KLCC untuk bertemu dengan Projek Manager Expansion TFTN Kuantan yang sedang membawa anak-anak TFTN ke Petrosains. Waaah! Untuk pengetahuan anda semua, anak-anak sangat gembira dan teruja kerana itulah kali pertama mereka menjejak kaki ke Kuala Lumpur dan Petrosains.
TFTN membuka peluang dan minda mereka!!!!

Dalam kegilaan bekerja ke sana dan ke mari, dan tiket penerbangan jam 5.10 petang, aku terus ke KL Sentral untuk berjumpa dengan Kak As, teman backpacking aku kali ini. Ini adalah kali pertama dia berbackpacking.

Pendekkan cerita, penerbangan ditangguhkan ke jam 5.45 petang dan sebaik sahaja tiba, kami dijemput oleh kenalan saya di Kota Kinabalu. Sempat juga saya membeli 20 paket roti Gardenia berharga 70 sen atas pesanannya. Katanya, roti Gardenia sama ada mahal atau susah didapati di sana.

Kami menetap di Borneo Beach House (Backpacker) yang bagi saya sesuai untuk backpacker dan cukup selesa untuk merehatkan badan.
Where we stay RM30 per night
Pada keesokan harinya kami ke ........ Tanjung Simpang Mengayau, di Kudat.
Kudat

Tip of Borneo


At the tip of Tip of Borneo. LOL









Keessokan harinya, gagah aku dengan kereta yang aku pinjam dari sahabat aku, kami ke Poring di Ranau.


Selepas berendam air panas di Poring, lantas mengejar masa untuk ke Mersilau, Kundasang.
Mersilau, Kundasang. It's cold!

LOL my face!




Wah! Tersangkut travelog aku kerana tidak dapat aku gambarkan keseronokannya. Hahahaha
Ok ..lepas itu aku baliklah! hahahaha


“The world is a book and those who do not travel read only one page.” 
― Augustine of Hippo

No comments:

Post a Comment