Friday, September 6, 2013

Badri(Anak Khairiyah) : The Curious Case of Kak Husna

Badri berusia 8 tahun. Kepalanya serabut apabila mendengar perbualan antara Kak Husna, Sofia(8 tahun) dan Aina(8 tahun).

Persoalan paling besar dalam kepala dia ialah "Betul ke Kak Husna dah kahwin?"

1. "Eh Kak Husna tak kahwin lagi la! Tunggu Kak Husna muda dulu baru boleh kahwin!"

Lihat! Betapa kelirunya Badri apabila Sofia kata Kak Husna dah kahwin!

2. Besoknya dia jumpa Kakak yang lain. Kak Syafiqah. Dia tanya lagi. Kak Syafiqah jawab tak juga. Tanya pada kakak lain pun cakap kak Husna tak kahwin lagi. Tapi ada kawan cakap sudah kahwin.

3. Malam seterusnya dia nekad utk meneruskan siasatan. Kak Husna akan mengajar budak intensif UPSR di perpustakaan.

Badri tunggu. Sebaik sahaja Kancil Merah sampai dia pun mengekor Kak Husna dan Abang Abid.

"Badri. Tak boleh masuk." Budak-budak Darjah 6 menghalang.

Dengan suaranya yang manja dan serak-serak basah, dia merayu pada Abang Abid, "Abang..saya nak belajar!"

Lemahlah! OK masuk! Pintu dikunci utk kelas intensif.

30minit Badri tunggu. Dia menunggu sesuatu. Abang Abid bagi buku tapi Badri tak fokus pun. Dia tunggu. Kak Husna sedang fokus pada Hakim(12 tahun).

"History.. apa ni Badri?" Abang Abid tanya. Tapi Badri tak tahu.

"Sejarah." Kata Abang Abid.

"Ooo sejarah mungkin berulaaaang lagi." Menahan ketawa Abang Abid dan Kak Husna berpandangan.

"OOOO! Betullah! Abang Abid dengan Kak Husna ye?"

*Astaga! Ini tujuan kau masuk library. Kak Husna pening. HAHAHAHAHAHAHAH!
*FACEPALM!

Penjodoh bilangan vs anak-anak

Aku tak ingat hari apa tapi aku tersangatlah penat dan mujur bukan giliran aku untuk mengajar kelas intensif UPSR pada malam itu.
Aku himpun 3 orang anak Syukri(9 tahun), Tuah (10 tahun) dan Aina(8 tahun). Hati aku risau sebab penjodoh bilangan pun mereka masih kabur.
"Apa penjodoh bilangan untuk rama-rama?"
"Serama-rama???!!!" Terus aku facepalm dalam hati. Comel tapi aku rasa nak gigit.
Bagus juga malam tu main teka-teka dan minta mereka ingat penjodoh bilangan utk rumah, air, beruk dan pelbagai lagi
Sekali tu aku nak ujilah dorang faham tak konsep.
"Penjodoh bilangan untuk ayam?"
Semua diam. Ah sudah! Ni sakit jiwa ni. Aku pun bagi klu. Pada masa itu adalah anak-anak lain bermain keliling aku.
"Ok dekat bontot ayam ada apa?"
"TAIK!" Jerit Ika (8 tahun) yang tiba-tiba muncul. (T.T)
Silap bagi klu nampaknya. *facepalm!

Sunday, June 30, 2013

Buku Jalanan Shah Alam: Ekologi

Assalamualaikum 

Buku Jalanan Shah Alam, bertarikh 29hb Jun 2013, pada ke sekian kalinya bertemakan ekologi, sempena jerebu yang melanda Malaysia berikutan dengan pembakaran hutan di Indonesia.

Perbentangan dari beberapa orang Bro yg pecinta alam yang tidak ku ingat nama mereka dan persembahan akustik. Menarik sekali perbentangan mereka dan aku rasa ilmu itu wajar sekali dikongsi tentang alam ini seperti air dan rawatannya, spesis ikan, dan ........... aku tak ingat. Hahahaha tetapi sumber alam yang boleh kita guna untuk mengganti petrol dan sumber tenaga alternatif yg lain




Yaaaaa! Aku berani. Hahahahahahaha

Geli menggelitat dan naik bulu roma tapi aku nak pegang juga. Ini spesis bearded dragon. Dan dia berjantina betina dan jinak. Sebab dia betina, aku ajar dia camwhore petang tu.
Dia tenang.

Unik tak ikan ni? Ikan Sebelah namanya. Di bawa oleh bro yang cakap pasal ikan dan ikan ini memang sebelah. Dia membuat kajian di Taman Negara Pahang. Aku kagum bila bro ceritakan pada kami tentang kaum orang asli yang tinggal di sana. Dan bagi mereka, anasir luar ini jahat. Hehe. Tapi tengok keluarga asli juga. Tak semua. Hati-hati bro ni pesan sebab merayau dalam hutan tanpa orang asli yang dah biasa dengan tetamu, takut nanti kena sumpit.
Hahahahahahaah

Banyak tak buku???????? Di sini.... boleh pinjam percuma dan nanti pulangkan pada event yang akan datang. Kecuali majalah-majalah sebab ianya kecil dan "rare". Haaaaaaa kalau hilang tak ke haru.. maka jika nak baca makalah, bacalah di situ sahaja.
Rawwwwr... 

Bawah badan Dragon ni lembik. Aku fikir banyak kali nak angkat dia. Hahahahahahaha penakut juga
Merayap atas tapak tangan aku tapi agaknya dia tau aku penakut, dia sendiri yang turun ke paha. LEGAAA!

Sekian
 Itu sahaja penjelajahan pencinta kali ini. Kiss kiss dragon!!!

Monday, June 3, 2013

Selamat Hari Guru Kak Husna. Eh?

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Tak banyak nak bercerita cuma nak sampaikan betapa saya, husna nabila, sangat terharu dengan anak-anak Khairiyah. Saya bukanlah seorang guru. Saya rasa saya tak layak nak terima sebarang ucapan atau kad. Pada malam 15 hb Mei 2013 dan esoknya hari guru, saya dihujani dengan lukisan dan kad. Terima kasih sayang-sayang ku. Akak sayang kalian semua. Kalian sentiasa di hati akak. Lebiu.... hehehe

Monday, May 6, 2013

Volunteering: Mac, Cabaran Sebenar

Pernahkah kamu rasa terharu dengan pujian seseorang yang buat kamu rasa kamu tak layak untuk menerimanya?
Sesungguhnya aku tersangatlah takut menerima pujian itu dan aku berasa ketar kedua lutut aku..
Hanya Allah sahaja yang tahu dan sesunguhnya tidak layak aku menerima pujian itu.. Pujian itu ialah satu ujian dan aku memohon kepada Allah agar jadikan setiap pujian itu sebagai doa. Dan aku berdoa juga agar Allah kekalkan hati aku, semoga jauhkan aku dari riak.

Alhamdulillah semua datang dari Allah. Allah yang menggerakkan badan aku, yang buat aku berfikir dan menggerakkan hati aku. Aku lemah, tidak punya apa-apa dan setiap gerakku aku niatkan atas Allah. Dan aku sesungguhnya sangat yakin bahawa Allah mendengar doa aku dan Dia gagahkan aku. Dia gerakkan aku. Oh Cinta! Cinta! Cinta ku.. Oh Allah! Cinta aku hanya untuk Mu! Sesungguhnya aku merasa Cinta Allah pada hamba-Mu yang hina ini, dan aku berdoa agar Allah membenarkan aku mencintai-Nya. Semoga aku punya hati yang sentiasa mencintai Allah.

Post kali ini aku akan fokuskan lebih teliti tentang cabaran yang kami hadapi dan paras pendidikan atau ilmu pada anak-anak ini.





Kini bulan 6 telah tiba dan aku anggarkan kami (afiq, jihah,arifa,atid dan abid)mempunyai lebih kurang 2 bulan dalam memperbaiki prestasi anak-anak dari sudut akademik. Afiq, jihah dan arifa mejalankan kelas intensif membaca ke atas 5 org anak yang dikenalpasti tidak boleh membaca. Dan anak-anak yang lain, kami memberilatih tubi dan mengajar semula konsep seperti matematik dan sains. Terdapat juga kehadiran volunteer lain seperti naufal, nani,dauz dan alif yang turun membantu. Naufal menjadi guru Inggeris kepada anak-anak dan dapat menarik perhatian ramai anak-anak dengan teknik mengajarnya. Selain akademik kami juga secara tanpa adik-adik ini sedari cuba memupuk kecintaan kepada disiplin atau aturan contohnya seperti menyusun kasut, membuang sampah ke dalam tong sampah, dan mengucap "please" dan "thank you".

Sunday, May 5, 2013

I am a Hijabi Backpacker: Not so Backpacking to Bukti Tinggi, Indonesia with Family #1

Assalamualaikum..

Pada bulan 5 tahun 2012, ketika itu aku berusia 22 tahun dan tidak dibenarkan ke luar dari negara Malaysia tanpa keluarga, Abah telah membawa kami sekeluarga ke Bukit Tinggi, Indonesia untuk kali ke-dua! West Sumatra! yeah!!!!!







Perjalanan kali ini, kami ada tour guide, al-maklumlah sebab tiada kenalan dan tak berani nak redah je. (Ok kalau aku, aku suka kaji tempat tu, dan redah je.) tetapi memandangkan ini bersama family, dan ketika itu family Uncle Imtias dan Uncle Syed pun ikut sekali. takkan nak redah kot! kerja gila sebab ramai nak handle, dengan budak-budak lagi!


Aku suka pergi ke Bukit Tinggi, Indonesia!
Jus buah buahan dia sangat sedap. Aku tak tahu apa mereka letak tetapi aku sangat layan. Isi buah mangga yang memang mangga lah! Penuh, tak letak banyak susu. manis yang semula jadi.. Sangat refreshing. Ayam goreng dia ada keremes. Sedap :D
Aku cuma tak lalu nak makan keropok kulit lembu je. hehehehe
not my thing.
Beras dia! MashaAllah. Sedap dan boleh menggemukkan kalau aku duduk di situ. ambil sikit je sudah mengenyangkan dan panjang-panjang.

Padi huma kata Abah

Tambahan itu pula kawasan Bukit Tinggi ialah Gunung Berapi Singgalang (tidak aktif) dan Gunung Marapi (aktif), dimana tanah-tanahnya berbukit bukau dan sangat subur. Hasil buminya sangat kaya. Walaupun mereka bukan kaya dari segi wang ringgit, tetapi mereka tidak akan lapar dan kaya dengan ilmu. Setiap kali aku singgah ke mana-mana kedai makan atau mana-mana tempat, ada sahaja buku-buku yang dijual di jalanan! Hebat tak???


Aku sangat batak dengan persekitaran aku. Maklumlah orang yang ketagih dengan benda-benda pelik.

Sangat teruja walaupun datang untuk kali ke dua.. masih terkinja-kinja
Cuma yang aku kecewa ialah apabila ikut tour guide ni, aku tak dapat nak menghayati keliling aku dengan lebih mendalam. Aku backpacker kan.. kalau ikut jadual-jadual yang terlampau pack ni, tertekan aku.Nak tengok buku tak sempat, nak bersembang dengan budak-budak tak sempat.

Mama aku sangat gilang-gemilang gembira dia. Al-Maklumlah... Shopping. aku pun tumpang beli jubah satu.
Orang yang mendiami kawasan Bukit Tinggi ni ialah orang Minangkabau, Islam. Sulamannya cantik dan banyak telekung dan kain baju  kurung. Mama borong habis dan Abah bawa bagasi besar khas untuk Mama. erk... pengsan.
Anak perempuan dia yg sulung ini masih belum ada trait nak shopping gitu lagi. Syukur Abah.
Gambar sebelah ini aku rasa terharu dan teruja, terpaku juga. Di sini banyak sekolah! Pasentren! Sebelah hotel aku pun sekolah. Siap pagi-pagi bangun subuh disebabkan azan sebelah telinga lagi. sebelah ini adalah perarakan di mana adik-adik comel ni baru lepas khatam al-Quran. Perarakan ini ada jadual dia, cuma aku tak ingat dan ini majlis yang akan diadakan hampir setiap bulan tak silap aku. Tahniah adik! habis baca Al-Quran satu bandar bergembira!

Fakta unik yang aku sembang dengan tour guide tu. Dia cakap, di sini lahir ramainya ulama Islam(approved by Abah sebab ustaz di UTP pun asal sini). Di situ banyak sekolah dan mereka bersungguh-sungguh dalam Islam. Apabila mahu berbuat jahat, mereka akan terpandang pada Gunung Marapi yang aktif itu. Mereka mengenang kebesaran Allah yang menjaga mereka.
Sesungguhnya Marapi memang aktif, dan aku dapat saksikan asap keluar dari muncung kawah dari jauh. Hati aku kecut kalau-kalau meletus!
Nak buat sesuatu yang buruk pun berfikir jauh. Kalau Allah nak balas, balas saat itu juga.

Kawasan Bukit Tinggi sangatlah sejuk! Aku berasa nyaman sekali. Berlengan panjang dan membawa sweater sepanjang masa. Seronok lepak sambil minum teh bunga (OK, Aku tak suka teh bunga! Abah suka. Hakim minum coke je).
Aku suka gerai-gerai di sana. warnanya comel seperti pink, biru, dan kuning. Bersih pula tu!
Kami ke dibawa berjalan ke macam-macam tempat. Tapi maafkan aku, terlupa semua nama tempat! LOL!
Hahahaha anak-anak manja Abah!
Ini sebuah kolam di tepi sawah. Gambar ini sebenarnya di ambil ketika makan tengah hari di sebuah restoran kayu di tepi sawah! Awesome!
Ada bela monyet lagi! Comel! Nak gomol tapi takut!

Hehehehe boleh pakai kostum pengantin. tapi yang ini free dan tak lengkap. biasa-biasa je.
Adik aku lagi girly dari kakaknya.. Nak buat macam mana.. Kakaknya memang macam ini!

Uniklah rumah di sana! Saya suka! Bumbungnya, warnanya.. kehijauan yang lain dari Malaysia.Langitnya sangat biru.
Ini permandangan dari dalam bas yang sedang menuruni kaki gunung. Nampak tak tasik? Besar tasik ni, tapi aku tak ingat nama juga!
Ada selekoh tajam nak turun ke bawah dan ada 45 keluk/selekoh. Di keluk nombor 1 terdapat perkampungan di mana asalnya Buya Hamka! tapi sebab family-family lain mula cuak nak turun permukaan curam dan berselekoh ini, terus tak jadi. Sampai keluk 35 je... Sob!!!!!
Cantik tak biru dia? Rindunya aku! Rasa nak pergi lagi!







Sebenarnya tak larat sudah aku ingin mengarang, maka separuh perjalananje aku cerita dan tak detail langsung. sorry! penat u olls. Pada masa akan datang, aku sambung merapu aku... 

Wednesday, May 1, 2013

Tunggu Sekejap





Tunggu Sekejap 



Tunggu sekejap
 wahai kasih
Kerana hujan masih renyai

Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini belum puas bercumbu dengan dikau 

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pulang
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Monday, April 29, 2013

Jeritan Batinku, P Ramlee (Lirik)


Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada…
Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

Saturday, April 27, 2013

My Dilemma: Go People of Sabah! GOOOOOOOO!!!!! fight for your right!



I am so happy that i almost cried! I love the sounds of the hon!!!! Im so proud! I hope there'll be changes in Sabah! please!

Cukup cukup sudah! anda suka menyanyi dan menari. Langsung tidak salah! yang salah jika anda tidak keluar dari comfort zone anda dan berjuang!!!!

Berjuanglah! fight for your right people!!!

I LOVE YOU! All fighters out there!!! you are awesome!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini KALI LAH!!!!!

Volunteerism: Frisbee Night


It was supposed to be study hours. But I kind of not in the mood to teach. so i brought two pieces of Frisbee. And the crowd went WILD!!!!

Some of them were actually studying. While Dafikah and i were kind of try to make the kids who didnt have any homework to stay out of the studying hall. So.. it is OK... right? We did do some good? hahahaha
Actually it was never my attention to teach during that particular night. i just wanted to have fun.

So some of them were studying, while the others were with me throwing frisbee. LOL! nakal!

Volunteerism: Al-Khairiyah: Jan-Mac

Assalamulaikum.

Setelah sekian lama aku tidak menceritakan kisah anak-anak Khairiyah, Klang. 
Kini sudah sampai di penghujung bulan April dan aku pula semakin berdebar kerana peperiksaan akhir tahun semakin tiba, lagi 5 bulan! Walaupun kami melihat perubahan dari segi sikap mereka namun sukar untuk ditangkap dalam bentuk hitam putih

Oleh itu kami telah mula fokus akademik dengan lebih serius. Pada yang membaca post ini, pasti terkejut, baru nak mulakah? Selama ini bagaimana?

Selama ini kami hanya datang pada hari Sabtu sahaja untuk aktiviti rasmi seperti Penilaian Individu Anak-Anak, Demo Solat, English: Nouns dan pelbagai aktiviti yang ringan. Tujuan aktiviti ini untuk menyediakan anak-anak untuk menerima kami atau ice breaking. Kami berhasrat untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan agar anak-anak tidak rasa terpaksa.Dari aktiviti ini juga, kami cuba mengenali anak-anak ini dan memberi contoh yang baik kepada mereka. 

Selalu saya terima laporan dari orang luar bahawa anak-anak ini nakal, tidak duduk diam dan tiada adab. Tahukah anda bahawa mereka tidak punya role model yang baik? Mereka memerhatikan keadaan sekeliling yang juga terdiri daripada kawan-kawan mereka yang juga berfikiran seperti mereka. Siapa yang mereka boleh contohi?
Mereka membentuk diri melalui pemerhatian dari keadaan sekeliling. Salah merekakah? atau salah kita? Mereka berfikir terhad berdasarkan pemerhatian semata dan mempunyai limitasi sumber memandangkan mereka masih anak-anak. Mereka membesar di dalam masyakat yang tidak ambil peduli, mengamalkan habit yang kurang baik dan menjauhkan diri kita pada mereka. Adakah wajar kita persalahkan mereka sedangkan kita yang mencemari persekitaran mereka? Tiada siapa yang memberitahu mereka salah atau betul, tiada siapa ajar mereka berfikir. Sedar-sedar mereka sedang dimarahi. Sedangkan mereka diabai, bila tersalah mereka dimarahi, dihina, dan diperlekehkan! 


Selain dari aktiviti rasmi, kami turut datang pada hari Rabu dan Selasa atau mengikut kelapangan volunteer. Pada hari-hari biasa ini, kami akan menemani dan membimbing mereka untuk menyiapkan kerja sekolah. Memandang pada waktu ini adalah waktu lapang mereka, pelbagai telatah dan ragam yang sebenar-benar diri mereka dapat dilihat dan mereka tidak dapat diawasi dengan baik oleh Pengetua kerana terlalu ramai. Kami berasa sangat kesian kepada Pengetua yang bekerja keras dalam usaha mengawal mereka yang ramai. Dengan kehadiran kami yang kerap, kami mengurangkan beban dengan membantu mengawasi adik-adik. Kami luangkan masa dari jam 9.15 hingga 10.45 malam sehingga adik-adik tidur.

Alhamdulillah, dengan perpustakaan yang dibuka dan para sukarelawan yang penyabar dan penyayang, mereka semakin baik. Suara riuh mereka masih kedengaran tapi kali ini dengan riang tawa dan bukan jerit menjerit. Mereka lebih kerap tersenyum dan kurang ejek mengejek sesama sendiri.

Sedangkan kita sesama adik-beradik sendiri pun ejek mengejek, tarik-menarik rambut dan pelbagai lagi. Apalah salahnya mereka juga begitu? Sedangkan ibu bapa kita juga pening kepala, apa salahnya mereka memeningkan kepala masyarakat di usia kecil muda ini...
Pada pendapat saya, saya lebih rela pening melayan karenah dan ragam mereka daripada terpaksa kecewa, marah dan sedih kerana masalah sosial yang lebih besar seperti kemiskinan, jenayah dan sebagainya. Pilih! Mahu mengadap anak-anak ini sekarang atau ketika mereka di dalam jurang permasalahan yang lebih BESAR?!!!!

Mereka bukanlah anak-anak yang nakal, mereka adalah anak-anak yang baik dan tidak mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Tiada siapa menceritakan kepada mereka logik berbuat baik, logik kenapa perlu bercakap dengan sopan,logik  kenapa mereka tidak boleh bergaduh dan mengapa mereka perlu belajar. Logik di segala perbuatan baik dan kenapa perlu menjauhi perkara yang kurang baik. Mereka tahu bahawa mereka silap apabila mereka dimarahi. Jika hari-hari kena marah, seronok ke?

Saya sangat gembira melihat mereka yang semakin sopan. Saya ketawa besar apabila mendengar permintaan mereka untuk saya bukakan perpustakaan. Saya tersenyum lebar melihat gadis remaja membaca naskah buku Harry Potter dan adik-adik lain yang membimbit buku-buku cerita. Ketika awal saya berjumpa dengan mereka, membaca bukanlah amalan. Dan suapan minda remaja disitu ialah hanya novel-novel cinta yang menjatuhkan martabat seorang perempuan.
Kini saya gembira melihat novel perjuangan di pegang erat oleh mereka! Saya bangga!

Saya terharu apabila mereka berlari ke arah saya apabila saya datang! saya hambir menangis apabila mereka memeluk saya! Saya serba salah apabila mereka meluahkan rasa rindu! 

Perlahan-lahan kami mengorak langkah, dan dalam senyap kami terapkan amalan membaca dan menjentik minda mereka agar berfikir. Seronok apabila mengetahui isi dalam pemikiran mereka! :D

Setakat ini sahaja terlebih dahulu catatan saya pada kali ini. Sesungguhnya cinta itu sangat indah, dan saya mahu adik-adik ini mengenal Cinta pada Allah dan Rasulullah, dan Cinta kepada Ilmu! tak sabar saya melihat kesan kecintaan ini!

Bersambung pada masa akan datang......

Popular Posts