Friday, June 15, 2018

Writting Therapy: Drained By Activism

I wanted to quit from activism and volunteerism, and focus on building my new life. It is not easy to start a life whole over again after it shattered,  especially when I am recovering from trauma with no family support and medical consultation. The process is so dreadful! 

Being poor also make me clueless and disabled to get help. This life is quite new to me. Plus,  I hate any crude public servants if I go to the government hospital that not located in Kuala Lumpur. Some people would understand.  I hope the officers learn to do just their job and stop judging people, also stop shoving Islam down non-religious folk. They have no idea how many people stay away from hospital because of their attitude. But I do not want to share details. 

I just wanted to vent my anger of receiving 2-5 phone calls these two months from a few of activists who refused to accept my disabilities.

Seriously, I am drained enough by activism.  What else do these activists want?  I wish they learn to look at me and shut up.  I wish they stop ask me for anything. I don't even want to hang out with anyone especially .  I am in pain. Not just mentally, also physically. 

I am in constant frustration as I failed to find expert medical help for my mental and physical illness. Why can they just send me money for food, rent,  bills and medicine?  If I stay with any of them,  I get more emotional trauma then release from it.

Basically, I don't want anymore problems because I have enough of it.  It has been two years since I escaped from the evil clucthed of my ex. I need more time to heal. I do not care if it take 10 years to heal. I am not in a hurry! If those activists really believe in knowledge, science, I hope they understand that brain is an organ and we have a lot of gland that produce hormones. Some of those glands still need health tuning! 

I told some of them I suffer monthly period pain,  from 5 to 10 days.  I have no money. Most of the time,  my current lover help me to survive. I have no idea how many of his Aspirin stock I have consumed.  I am lucky to be able to move and be healthy sometime to work. I am having hard time to find proper job with my health. But without him, I probably will lose my mind. Probably, I will be homeless, dreaful, used, degraded, humilated, hungry. 

Before I moved in with my ex, in 2015, I never have 5-10 days period pain. Usually it is just 2 days, a week before my period and on my first day of period. 

But after I moved with him, it become 5 to 10 days of pain before period and first and second day of period. I have to say, my uterus underwent some weird twisted transformation after living with him. Maybe the pressure, workload and many more, had weakened my body.

But that is the consequences I have to accept, until now, whether I like it or not.  I am dealing with it. I am facing my problems.

And people still seek for me. Wow, for what? Free workshop? Free work force? Just exchange with bed and food. So how in the world am I going to pay for my debt? Wash my clothes? Get a new shoes if mine is tore? How am I going to move around with no cash to pay for fare? I am a woman. I can't travel alone. Some people might survive. But me? I can get rape. 

Just three weeks a go, a guy from Egypt, he is Muslim, grabbed my hand because he wanted me to "accompany" him. What the fuck? I didn't even know him. I just wanted to take a stroll. 

Me? Traveling alone? I had my lessons. I do jealous at those women who can travel alone. It is not about covering one body part! I don't know why. It is never about clothing. Plus, very fully cover clothes can increase fetish in some of men's mind!!! 

Further more, not every rape started because of revenge upon the shrewd lady. 

Maybe it is all about luck. Lucky and unlucky.

Sometime, after I got almost sexually assault from walking at the street, I went back home, just lie on my mattress, I have this thought, "What a waste of time, effort and MONEY! All those years of sacrafices, believing in charity, future investment, humanity. Bla, bla and bla! All the volunteerism and activism for this shit society? Saving a rapist? Saving an abuser? Saving a dickhead? Saving a bitch? I did, didn't? What a piece of shit am I? And then I am mentally damaged and hurt another person in that process. None of those can be undone. My life is suck! What a big fat waste!"

I admit it. I have this thought. 

"Why me? Why don't you ask help from the rich kid? Or my ex? He is poor but he is very good at being Robin Hood. But he stole from his family and friends. Hahaha! Find someonw who know how to extract money. I don't have such ability."

I have drained my sources under the card of being someone daughter. I uses to be excited to work and earn my own money. But now? I even scared to step out of the house.

I don't want sorry from anyone. I just want to be able to be alive once more.

I have big student loan debt. I am sick. I have no idea about my career. Every thing is very limited. 

No, I won't have children just to cure my uterus pain. Because it is wrong. I don't have money to raise the child. No safe environment. 

I am not even in safe environment! I am an Malay atheist. People will find their way to hurt me if they are bored and need a toy to play.

Seriously! If one cannot help, one should stay away. 

I better brace myself for every turmoil I am going to face as different person, now. No more activism!

I am rebellious in more than 1000 ways and that is more than enough.

Sunday, December 10, 2017

Mengembara Bersama Hemp #6 Kilang Produk Hemp, Tangan Saya

Untuk membanyakkan produk hemp di dalam pasaran, saya mengerah diri saya sendiri untuk membuat pelbagai produk hemp, gelang, rantai, beg duit dan sebagainya. Ramai yang memberi pendapat bahawa saya wajar menjelaskan kepada orang-orang bahawa apa yang saya jual ialah hemp agar saya dapat menjual dengan harga yang berpatutan. Ya, kini, saya jual terlalu murah. Sehari, saya hanya berjaya membuat produk mencapai RM30 sahaja (4-5 gelang bernilai RM 5) kerana gelang murah ini berjaya memenang hati ramai pemakai gelang, bukan pemakai produk hemp.

Walaupun saya boleh memberontak untuk membuat produk hemp yang berharga RM20 ke atas, sehari saya boleh menghasilkan 4 produk ini dan mendapat pulangan RM 80 sehari; tetapi kesannya ialah saya terpaksa menunggu produk ini untuk menjadi popular dan ada yang sanggup dan mampu membeli produk RM 20 ke atas ini. Maka, saya tidak punya sebarang duit untuk makan dan tempat tinggal sepanjang tempoh menunggu. Saya juga tiada wang untuk menambah stok benang hemp yang agak mahal. Saya tidak punya banyak pilihan selain daripada memaksa diri membuat sebanyak mungkin produk hemp setiap hari dan berlapar sementara menanti wang tunai tiba ke tangan saya.

Saya kekal dengan keputusan saya menjual produk serendah RM3.50 hingga RM 15.

Namun, saya masih usaha membuat produk RM 20 ke atas kerana ada permintaan yang unik. Terdapat pelanggan yang sanggup mengembara ke pulau ini hanya untuk mendapatkan produk saya!

Kerana saya masih di awal proses kembali membina perniagaan kraf hemp, saya faham dan mengerti kenapa segalanya masih perlahan dan tidak terlalu menguntungkan. Saya berusaha dan cukup bersyukur kerana wang ringgit sekarang semuanya dari kraf semata, cukup untuk makan dan membayar bil elektrik dan air. Saya lega kerana kawan saya sudi mengecualikan saya dari membayar sewa sementara saya kembali mampu berdikari dengan perniagaan saya.

Saya berharap kebun sayur sayuran saya menjadi dan kami serumah boleh berkongsi hasilnya nanti.

Saya berharap kewangan saya tidak lagi defisit menjelang Januari 2018 memandangkan saya menjadi vendor untuk beberapa kedai dan akan menambah lagi beberapa bilangan kedai dalam tempoh 4 bulan mulai Disember ini.

Tangan saya akan terus menyanyam.
Saya mengharap sokongan dari sesiapa yang membaca blog saya agar menyokong produk hemp hasil anyaman saya. Perniagaan ini masih merangkak-rangkak memerlukan sokongan untuk terus berkembang, terutama daripada pemakai hemp.

Selain menganyam hemp, sejak dua bulan yang lalu, saya dan beberapa teman memulakan projek kitar semula dan membersihkan jalan-jalan atau pantai di Langkawi dari sampah-sampah. Walaupun kita punya majlis perbandaran untuk menguruskan kebersihan di pulau, masih ada kawasan yang terlepas pandang atau tidak cukup pekerja am untuk melaksanakan tugas ini. Sampah terlalu banyak. Fokus kebersihan lebih kepada jalan yang sarat dengan kedai-kedai. Apabila melewati jalan keluar dari kawasan fokus, sampah bertaburan menghiasi rumput-rumput hijau. LUCU!

Saya sudah tinggal di sini lebih dari lima bulan dan mendapati bahawa yang membuang sampah di sini ialah penduduk yang tinggal di sini dan bekerja di sini. Kemudian, pelancong dan pengembara terikut dengan rutin membuang sampah merata-rata kerana mereka dapati disekeliling mereka ialah sampah dan tiada tempat membuang sampah. Saya ketawa besar apabila memikirkan situasi di sekeliling saya, terutama apabila ada penduduk yang berani mengomel kekurangan pelancong yang mahu datang ke sini.

Siapalah saya untuk menjadi hero. Daripada pergi kepada mereka membebel-bebel apa yang perlu dilakukan, lebih baik saya menggerakkan tubuh badan sendiri dan sesiapa yang sudi ikut sekali untuk mengutip sampah. Buang masa mengomel itu dan ini tetapi tidak bertindak menyelesaikan masalah berikut. Kenapa saya enggan membebel-bebel kepada orang ramai agar sama-sama kutip sampah, bergotong royong dan pelbagai ceramah lagi? Kerana, di sekeliling saya sudah ramai orang dewasa. Sudah besar! Kenapa mahu dibebel lagi? Jika sudah besar tapi tidak bertindak, saya hanya akan abaikan sahaja. Saya tahu, apabila saya mengutip sampah-sampah dengan sendiri tanpa acara besar-besaran, itu sudah cukup mengejek orang-orang Melayu yang sensitif dan sebenarnya suka berlumba-lumba sesama sendiri hanya kerana dengki, bukan ikut kerana itu ialah sesuatu yang wajar di ikut.

"Mana aci kalau perempuan tak sedar diri Melayu dan tak ikut ajaran Islam lebih rajin mengutip sampah dari aku? Nanti orang nampak dia lagi baik dari aku yang bertudung dan berkahwin. Ish!"

Walaupun tidak selesa dengan isu ini, saya hanya mampu berfikiran positif. Biarlah mereka belajar dengan sakit hati, semoga di kemudian hari mereka mengerti sendiri bahawa saya hanya mahu pulau ini tidak dihiasi dengan sampah. Saya sudah cukup hidup dalam tragedi dan kemalangan; melihat keceramukan dunia. Cukup sudah segala kehancuran. Saya datang ke sini untuk mendekatkan diri dengan alam; menikmati kehijauan dan melenyapkan kepenatan saya. Oleh itu, saya perlukan padang yang rumputnya hijau tanpa sampah-sampah. Barulah lega otak saya.

Lagi bersih permandangan, lagi tenang jiwa dan perasaan saya.

Saya berharap usaha ini akan berjaya bersama teman-teman saya dalam mencari ketenangan jiwa dan menenangkan mata.

Friday, December 8, 2017

Mengembara Bersama Hemp #5 PTSD dan Ubat Organik, Pengalaman Peribadi

Sesiapa yang mengenali saya, pasti tahu saya pernah ditimpa kemalangan dan lesap. Sebenarnya saya pergi merawat diri tetapi mengelak daripada dikenakan mengambil ubat sintetik. Saya takut hanya disebabkan kesakitan jiwa yang bersifat sementara, saya menerima kesan kekal dari kimia yang membahayakan kesihatan. Saya mencari doktor, pakar terapi, kaunselor dan beberapa individu berkaitan yang mampu saya membayar mereka atau mereka sudi membantu saya secara sukarela. Namun, segalanya alternatif.

Segalanya bermula dengan mencari tempat selamat yang tidak menyentuh sensitiviti saya yang terlalu mudah teransang, masih takut sehingga terbawa ke mimpi, enggan disentuh atau duduk berdua dengan sesiapa sama ada lelaki atau pun perempuan. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh merapati saya. Apabila saya bertemu dengan orang-orang yang memberi tekanan kepada saya, beberapa kali berlaku, saya hilang waras dan apabila saya sedar kembali, saya dapati saya lupa apa yang saya cakap atau bualkan; hanya tinggal catatan di atas kertas jurnal saya. Saya ingat rupa orang-orang berkenaan, tetapi saya tidak pasti apa yang saya cakapkan.

Saya juga menghadapai masalah berada di khalayak ramai atau rumah yang terlalu ramai orangnya. Saya paksa diri saya mengawal cetusan kesakitan jiwa saya dengan ganja tetapi ganja sebenarnya sangat lembut dan sesuai jika hampir dengan alam. Apabila di hiruk pikuk bandar, saya tidak hanya menggunakan ganja, saya terpaksa seimbangkan dos yang melegakan tekanan emosi dengan alkohol.

Saya membaca info-info kesihatan mental, pengalaman orang-orang dari luar Malaysia yang pernah mengalami situasi yang hampir sama. Banyakkan menulis apa yang berada di dalam kotak fikiran saya kerana kebanyakan masa, saya kesukaran untuk bertemu dengan orang yang pernah mengalami pengalaman yang hampir sama. Saya banyak berdiam.

Oleh kerana begitu banyak gangguan emosi, saya banyak kali berpindah randah tanpa menceritakan kepada tuan rumah kenapa saya muncul dan pergi sesuka hati. Saya tidak bersedia untuk menyatakan bahawa sebenarnya saya mencari tempat merehatkan sesuatu di dalam diri saya yang cedera parah dan hanya pulih dengan masa. Memandangkan saya kerap kali sakit, emosi dan akhirnya secara fizikal, saya sukar bekerja. Ini menimbulkan banyak persoalan terutama apabila saya cuba kembali kepada keluarga saya yang masih terkial-kial dengan hakikat kemalangan dan sakit jiwa boleh berlaku kepada sesiapa.

Akhirnya, pada bulan Oktober yang lalu, saya mula bekerja, walaupun terpaksa menghisap ganja dan minum bir setiap kali saya mula resah, gelisah dan bimbang. Saya luangkan masa untuk menangis. Saya pelajari bahawa setiap individu perlu diberi peluang untuk bersedih sepuas-puasnya sebelum ia keluar sepenuh dari sistem tubuh.

Namun penyakit yang semakin pergi itu, kadang-kadang datang juga terutama apabila ada orang yang mengancam kehidupan saya. Kalau tidak kerana keghairahan saya kepada hemp, saya mungkin sudah hanyut dengan apa sahaja dikeliling saya. Antara menganyam hemp atau membiarkan orang-orang yang mempunyai agenda mengawal dan menggunakan saya, terus tertampar, saya elak ketagihan dan kembali menganyam benang-benang hemp.

Tika saya lesap, tika itu jualah saya tidak sengaja memadam segalanya identiti diri saya sebelum tahun 2017. Kemudian, saya membina kembali dengan menguis-nguis serpihan ingatan yang ada, menulis. Saya tidak dapat menerangkan perasaan itu dengan jelas. Ianya seperti jiwa saya yang lama sudah mati, diganti dengan jiwa baru tetapi bersama dengan memori-memori dari jiwa lama. Oleh itu, saya lihat dunia seperti saya tidak pernah melihatnya dan cuba menggunakan pengetahuan dari memori yang lama untuk bertindak balas. Jika saya tidak merasa selesa dengan ilmu dan pengetahuan daripada memori lama, dengan mudah, saya membuat kajian di internet atau bertanya pada teman-teman keliling. Saya segera perbaiki diri saya dengan lebih berhati-hati kerana enggan menjadi diri saya yang dulu.

Saya benar-benar membina kembali diri saya. Seperti anak kecil, saya terpaksa belajar semula berinteraksi dengan manusia yang berlainan latar belakang. Walaupun senang bagi orang lain, ianya amat sukar bagi saya yang sudah tidak ingat apa-apa lagi. Segalanya mengelirukan. Kadang-kadang saya kaku, gagal memberi tindak balas kerana terkejut. Saya kadang-kadang ditertawakan kerana terlalu lurus, gagal mengenal pasti sama ada jenaka, helah atau serius. Mujur, di tempat yang baru saya pindah, memberi peluang saya merasa selamat dan mempercepatkan pemulihan diri. Teman saya merasa lega apabila saya semakin bermotivasi menganyam dan berdikari memandangkan saya penuh kesukaran melawan penyakit saya.

Saya juga terlupa ramai nama orang sebelum tahun 2017!
Saya terpaksa membuat senarai nama orang-orang agar saya ingat siapa mereka, memori saya dengan mereka.

Saya belajar memaafkan orang. Saya menguji diri saya sendiri dengan mengingatkan kembali beberapa individu yang tidak sengaja terlibat di dalam tragedi hidup saya. Dengan fokus yang betul, saya akan berjaya ingat wajah, dialog dan butiran sampingan, dari situ, emosi akan muncul dan membantu saya untuk memastikan sama ada saya sudah melepaskan perasaan seperti kecewa, dendam, marah, sedih atau kebergantungan saya, ataupun belum kepada individu berkenaan. Jika belum, saya nekad menjauhkan diri dan terus menerus menapis diri saya.

Ada yang kata saya tak cukup marah. Ada yang kata saya pemarah. Saya hanya mampu kata, saya layak marah, saya memang marah tetapi saya enggan marah sebab banyak benda lagi yang boleh saya buat daripada marah. Hahahaha!

Ah, saya ini mangsa buli! Kaki saya berparut kerana saya menendang batu untuk mengugut pembuli saya. Saya tahu akibat marah. Marah hanya memakan diri sendiri, tetapi semua orang layak untuk marah. Marah adalah semula jadi. Marah adalah manusia.

Tapi tiada sesiapa yang cakap saya tak cukup sedih. Oleh itu, saya menyusun masa hidup saya memberi peluang untuk menangis sepuas-puasnya. Bayangkan seorang perempuan yang sedang menganyam benang-benang dengan deraian air mata. Hah! Sayalah perempuan itu.

Sejak bulan April yang lalu, saya sentiasa menggunakan ganja tetapi dengan jumlah terkawal. Saya sudah cuba, jika menggunakan ia terlalu banyak, ia tidak mempercepatkan proses pemulihan sakit jiwa kerana sudah sampai kuota. Tidak perlu banyak! Pagi, tengah hari, petang, malam dan sebelum tidur. Saya masih mencampur dengan rokok kerana berjimat. Kerana dos yang terkawal, saya bekerja, berkebun dan mengurus diri; saya gembira kerana berani keluar ke tempat awam. Saya semakin pulih.

Selain ganja, begitu penting memakan makanan yang sihat dan mengelak sebarang situasi yang boleh memberi tekanan jiwa. Saya tidak ke kelab malam. Oh, tolonglah! Bawalah saya ke kelab buku daripda kelab malam. Kelab malam membosan tau! Tak tahu mengapa.

Saya mempunyai teman-teman yang sudi menyertai projek kitar semula saya di pulau ini. Walaupun kecil-kecilan, tetapi mendapat sambutan. Mengutip tin, membersihkan pantai dan jalan-jalan, bertukang dari barang buangan dan pelbagai lagi! Hooray!

Saya elak berbual topik-topik sensitif atau terlalu kerap berjumpa orang-orang yang masih belajar tentang kesihatan mental.

Saya suka dan menikmati keindahan dunia tanpa banyak suara. Senyap itu indah! Bercakap bila perlu. Tidak perlu bercakap banyak kerana di kalangan teman-teman sudah seperti boleh berinteraksi tanpa suara! Masing-masing sudah hidup meredah realiti dan sedar! Hormat dan saling faham memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Sebenarnya, tiada masalah dengan ubat organik. Cuma perlu masa, diet dan tempat selamat! PTSD adalah sementara, walaupun ada yang mengambil masa 1 hingga 2 tahun. Saya lega juga kemurungan semakin pergi. Saya masih cuba menyusun ramuan sesuai mengikut tahap kesihatan saya. Itu saya, saya tak tahulah bagaimana anda.
Semoga berjaya!!!!

Popular Posts